9 Makanan Kurang Kalori dan Kurang Garam yang Sedap

Apabila bercakap tentang pemakanan yang sihat, makanan rendah kalori dan rendah garam adalah antara perkara yang patut dititikberatkan. Ia amat membantu meningkatkan kesihatan anda secara menyeluruh.

Makan sihat tidak semestinya membosankan dan hambar. Terdapat banyak makanan rendah kalori dan rendah garam yang sedap yang boleh membantu anda mengekalkan berat badan dan tekanan darah yang sihat.

Berikut adalah 9 makanan kegemaran kami yang kurang kalori dan kurang garam yang sedap.

Udang Claypot bersama Suhun

makanan kurang kalori #1 udang claypot bersama suhun

Udang Claypot bersama Suhun adalah pilihan makanan rendah kalori dan rendah garam yang sangat sesuai untuk mereka yang ingin meningkatkan kesihatan mereka. Kandungan kalori di dalam hidangan ini adalah sebanyak 60.0 kcal.

Resipi ini menggunakan AJI-NO-MOTO® Perencah Umami yang dapat mengurangkan garam sebanyak 26% tanpa menjejaskan rasanya. Kini, anda dapat menikmati hidangan yang sihat dan sedap yang rendah kalori dan garam.

Labu Goreng bersama Serbuk Cili

makanan kurang kalori #2 labu goreng bersama serbuk cili

Labu Goreng bersama Serbuk Cili adalah makanan rendah kalori yang dimasak bersama AJI-NO-MOTO® bagi mengurangkan garam sebanyak 17% tanpa menjejaskan rasa. Hidangan ini mudah dibuat dan boleh dihidangkan sebagai snek atau hidangan tambahan.

Hidangan ini sesuai untuk mereka yang sedang menjaga berat badan atau cuba untuk mengurangkan pengambilan garam dalam badan. Hanya 89.4 kcal sahaja bagi jumlah kalori yang terdapat dalam hidangan ini.

Taugeh Goreng bersama Ikan Bilis

makanan kurang kalori #3 taugeh goreng bersama ikan bilis

Jika anda sedang mencari cara yang sedap dan sihat untuk memasak taugeh anda, cubalah Taugeh Goreng bersama Ikan Bilis. Makanan rendah kalori dan rendah garam ini sesuai untuk mereka yang berdiet atau mempunyai tekanan darah tinggi.

Resipi ini menggunakan AJI-NO-MOTO® Perencah Umami bagi mengurangkan 13% garam sambil mengekalkan kelazatan makanan. Hidangan ini mengandungi kalori sebanyak 80.4 kcal, menjadikannya makanan yang lengkap.

Telur bersama Kacang Panjang

makanan kurang kalori #4 telur bersama kacang panjang

Telur bersama Kacang Panjang ini bukan sahaja padat dengan protein dan serat, tetapi ia juga merupakan antara makanan rendah kalori. Mengikut resipi daripada kami, setiap hidangan mengandungi kalori sebanyak 110.2 kcal.

Hidangan ini bukan sahaja baik untuk penurunan berat badan anda, tetapi ia juga sedap dan penuh dengan rasa. Penambahan AJI-NO-MOTO® Perencah Umami ke dalam masakan ini dapat mengurangkan garam sebanyak 17%.

Ikan Asam bersama Sayur-Sayuran

makanan kurang kalori #5 ikan asam bersama sayur-sayuran

Ikan Asam bersama Sayur-Sayuran ini adalah antara hidangan yang popular di Malaysia. Bagi mereka yang ingin kurangkan garam dalam badan bolehlah menggunakan AJI-NO-MOTO® Perencah Umami yang dapat mengurangkan garam sebanyak 16%.

Hidangan ini bukan sahaja sihat, tetapi ia juga mengandungi kalori yang rendah sebanyak 130.0 kcal, menjadikannya pilihan yang bagus untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Selain itu, ia mudah dibuat dan boleh dihidangkan dalam masa yang singkat!

Ayam Kung Pao

makanan kurang kalori #6 ayam kung pao

Ayam Kung Pao ialah makanan rendah kalori, sebanyak 184.0 kcal, yang lazat yang sesuai untuk mereka yang mengamalkan diet kurang garam. Hidangan ini dibuat dengan ayam, sayur-sayuran, dan sos yang enak.

Kunci untuk mengurangkan garam sebanyak 15% adalah menggunakan AJI-NO-MOTO® Perencah Umami ke dalam resipi. Hidangan ini boleh dihidangkan bersama nasi, dan ia menjadikan pilihan hidangan sihat yang hebat.

Ikan Kembung Percik

makanan kurang kalori #7 ikan kembung percik

Ikan Kembung Percik ialah hidangan tradisional Malaysia yang sihat untuk mereka yang mencari makanan rendah kalori iaitu sebanyak 219.0 kcal. Jika dimasak menggunakan AJI-NO-MOTO® Perencah Umami dapat menggurangkan garam sebanyak 33%.

Hidangan ini terdiri daripada kuah yang dibuat dengan santan dan asam keping kemudian dimasak dengan sempurna. Hasil akhirnya adalah hidangan yang sedap dan sihat yang pasti memuaskan selera sesiapa sahaja.

Ayam Pandan bersama Kari Hijau

makanan kurang kalori #8 ayam pandan bersama kari hijau

Ayam Pandan bersama Kari Hijau adalah makanan rendah kalori yang sesuai untuk mereka yang ingin mengekalkan berat badan. Jumlah kalori di dalam masakan ayam yang sedap ini adalah sebanyak 276.2 kcal.

Hidangan ini juga rendah garam, menjadikannya pilihan yang sihat bagi mereka yang menjalani diet kurang garam dalam badan. Dengan AJI-NO-MOTO® Perencah Umami hidangan ini mengandungi garam yang kurang sebanyak 37%.

Ikan Masam Manis

makanan kurang kalori #9 ikan masam manis

Ikan Masam Manis adalah makanan rendah kalori dan rendah garam yang popular. Ia dibuat dengan memerap ikan dengan kunyit, goreng di dalam minyak sehingga garing, dan dihidangkan dengan sos yang disediakan.

Hidangan adalah pilihan yang bagus untuk mereka yang ingin kurangkan 9% garam dalam hidangan menggunakan AJI-NO-MOTO® Perencah Umami. Jumlah kalori satu setiap hidangan adalah sebanyak 267.4 kcal.

Banyak Lagi Makanan Kurang Kalori dan Kurang Garam

Kesimpulannya, terdapat banyak makanan yang rendah kalori dan rendah garam yang lazat untuk membantu anda mengekalkan gaya hidup sihat. Dengan mengamalkan diet yang sihat ini, anda boleh menikmati kesihatan yang baik dan hidangan lazat pada masa yang sama.

Ajinomoto Malaysia mempunyai banyak lagi resipi makanan untuk kurang garam dalam badan yang boleh anda cuba.