AJI-NO-MOTO®

AJI-NO-MOTO®
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!

Penerangan Produk

Penambah perasa AJI-NO-MOTO® merupakan jenama yang terkenal di seluruh dunia bagi Monosodium Glutamat (MSG). Ia juga merupakan perencah umami. AJI-NO-MOTO® menyedapkan semua jenis masakan tanpa mengubah rasa keaslian masakan. Dengan menambah sedikit AJI-NO-MOTO® sebelum, semasa atau selepas memasak, makanan menjadi lebih lazat.

AJI-NO-MOTO® digunakan secara meluas oleh suri rumah tangga, penjaja dan tukang masak profesional di serata dunia. Selain itu, ia turut digunakan dalam makanan proses, makanan sejuk beku, sup, snek, mee segera dan sebagainya.

Saiz Pembungkusan

  • Botol 70g
  • Paket 150g
  • Paket 300g
  • Paket 33g
  • Paket 500g
  • Paket 72g
  • Paket 1kg
  • Paket 100g

    FAQ

    • Mengapakah AJI-NO-MOTO® tidak mempunyai tarikh luput?
      • MSG adalah bahan tambahan makanan dibawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan di Malaysia.
      • Ia tidak termasuk dalam senarai makanan yang perlu memaparkan tarikh luput pada pembungkusan produk.
      • MSG mempunyai tahap kestabilan yang sama dengan gula atau garam dan boleh disimpan selama jangka masa yang panjang tanpa perubahan pada rupa dan warnanya (AJI-NO-MOTO® adalah bahan tambahan makanan yang mempunyai jangka hayat melebihi 18 bulan).

      (AKTA MAKANAN; Bahagian 3; Seksyen 14; Subperaturan 4) (hlm. 67, 238).

    • Mengapakah AJI-NO-MOTO® tidak mempunyai logo “vegetarian”?

      AJI-NO-MOTO® tidak mempunyai logo “vegetarian” kerana ia disasarkan pada orang awam daripada pelbagai jenis kaum yang mempunyai pelbagai jenis latar belakang pemakanan (termasuk golongan vegetarian). Kami tidak menyatakan ia “mesra-vegetarian” secara khusus bagi mengelakkan kesalahfahaman bahawa ia terhad untuk golongan tertentu sahaja. Selain itu, ramuan yang digunakan adalah dari sumber yang semula jadi, jadi tiada keperluan untuk menekankan bahawa ia sesuai bagi golongan vegetarian.

    • Bolehkah pihak anda mengesahkan kandungan alergen dalam AJI-NO-MOTO®?

      AJI-NO-MOTO® tidak mempunyai kandungan alergen kerana ia dihasilkan dan dipekkan di dalam kilang pengeluaran yang hanya menampung pengeluaran MSG.

    • Mengapakah logo SIRIM telah dibuang dari pembungkusannya?

      Ia merupakan strategi reka bentuk pembungkusan untuk memfokus pada mesej utama, iaitu logo HALAL dan berat bersih.

    • Adakah AJI-NO-MOTO® Halal?

      Ya, AJI-NO-MOTO® yang dihasilkan oleh Ajinomoto (M) Berhad diperakui Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

    • Adakah AJI-NO-MOTO® sesuai digunakan oleh golongan vegetarian? Adakah ia mengandungi ramuan berasaskan haiwan?

      AJI-NO-MOTO® dihasilkan melalui proses penapaian karbohidrat yang bersumberkan ubi kayu atau tebu yang ditanam secara semula jadi, jadi ia tidak mengandungi sebarang ramuan yang berasaskan haiwan. Ini bermaksud AJI-NO-MOTO® adalah mesra-vegetarian”.

    Iklan dan Video Informasi

    Pak AJI Kata Campur, Campur, Siap!

    AJI-NO-MOTO® Campur, Campur , Siap! – What’s your favorite food

    AJI-NO-MOTO® Production Animation

    “Campur, Campur, Siap!” Music video

    Semua Yang Anda Perlu Tahu Mengenai AJI-NO-MOTO®

    Penemuan & Sejarah
    ajinomoto-discovery

    Matlamat Yang Membawa Kepada Penemuan Umami & Kelahiran AJI-NO-MOTO®

    Prof Kikunae Ikeda, seorang saintis Jepun yang melanjutkan pengajian beliau di Jerman berasa kagum dengan susuk tubuh yang sangat baik dan diet orang-orang Jerman. Beliau percaya diet adalah salah satu faktor, dan perkara ini menggalakkan beliau untuk memperkukuhkan matlamat memperbaiki diet orang Jepun. Dengan matlamat ini, penemuan Umami bermula pada tahun 1908 apabila Prof Ikeda mendapati satu rasa yang berbeza daripada manis, masam, pahit dan masin dari sup Kombu dashi. Beliau menamakan rasa tersebut sebagai Umami dan dia bekerjasama dengan Saburosuke Suzuki II yang berkongsi impian yang sama seperti Ikeda. Pada tahun 1909, AJI-NO-MOTO® telah dilancarkan secara rasmi oleh Saburosuke Suzuki II, sebagai perasa Umami pertama di dunia yang membawa falsafah dan matlamat, “Eat Well, Live Well”.  (Cerita Penuh)

    Paparan Dokumentari Di Sini »

    Tips Penggunaan

    Tips: Bila AJI-NO-MOTO® perlu ditambahkan

    AJI-NO-MOTO ® tidak berbau dan tahan haba oleh itu, ia sesuai untuk digunakan dalam apa-apa jenis hidangan dalam mana-mana proses memasak:

    MSG-application-1024x435.png

    Tips: Jumlah AJI-NO-MOTO® Yang Perlu Ditambah Ke Dalam Masakan

    ajinomoto-usage-tips-table.jpg