Acara Penyerahan Obor Kuala Lumpur 2017 di Ajinomoto (M) Berhad

Kuala Lumpur, 7 Ogos – Bersempena dengan Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 (Kuala Lumpur 2017), terdapat lebih daripada 350 orang pelari dan peserta berkumpul di titik semakan terakhir, iaitu di Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) semasa majlis penyerahan obor pada hari ini. Pengarah urusan AMB, Cik Naoko Yamamoto menerima obor tersebut dan menyerahkannya kepada pengerusi syarikat, Jeneral Tan Sri (Dr.) Dato’ Paduka Mohamed Hashim Bin Mohd Ali (Rtd) untuk diletakkan pada tiang obor secara simbolik.

Menjadi penaja platinum bagi Kuala Lumpur 2017 telah memberikan peluang kepada Ajinomoto Co., Inc. (Ajinomoto Co.) untuk menyediakan pelbagai bentuk sokongan melalui anak-anak syarikatnya di rantau ASEAN berdasarkan pengetahuan yang luas mengenai sokongan nutrisi untuk para atlet yang dikumpulkan oleh syarikat ini di Jepun.

Ajinomoto Co., Inc. telah menyokong secara aktif serta terlibat dalam program pembangunan sukan dan para atlet melalui kepakarannya dalam kemajuan sains yang berkaitan dengan asid amino. Pada tahun ini, Ajinomoto Co., Inc. telah menjadi Penaja Platinum bagi Kuala Lumpur 2017. Tajaan ini juga sebagai memperingati ulang tahun penubuhan hubungan diplomatik antara Jepun dengan Malaysia yang ke-60 dan bersempena dengan sambutan Jubli Intan kemerdekaan Malaysia.

Pengarah Urusan Ajinomoto (Malaysia) Berhad, Ms. Naoko Yamamoto menerima Obor di titik semakan terakhir.
Pengarah Urusan Ajinomoto (Malaysia) Berhad, Ms. Naoko Yamamoto menerima Obor di titik semakan terakhir.
Pengarah Urusan Ajinomoto (Malaysia) Berhad, Ms. Naoko Yamamoto menyerahkan Obor kepada Pengerusi Syarikat, Jeneral Tan Sri (Dr.) Dato' Paduka Mohamed Hashim
Pengarah Urusan Ajinomoto (Malaysia) Berhad, Ms. Naoko Yamamoto menyerahkan Obor kepada Pengerusi Syarikat, Jeneral Tan Sri (Dr.) Dato' Paduka Mohamed Hashim
Gambar berkumpulan tetamu kehormat & kakitangan Ajinomoto (Malaysia) Berhad
Gambar berkumpulan tetamu kehormat & kakitangan Ajinomoto (Malaysia) Berhad
Pengerusi & Pengarah Urusan Ajinomoto (Malaysia) Berhad bersama Pihak Atasan
Pengerusi & Pengarah Urusan Ajinomoto (Malaysia) Berhad bersama Pihak Atasan

Siaran Akhbar