Terma Penggunaan

PENGGUNAAN LAMAN WEB

  1. Sebelum anda menggunakan laman web ini (http://www.ajinomoto.com.my; selepas ini secara kolektifnya dipanggil “Laman web”), sila baca Terma Penggunaan (selepas ini dipanggil “Terma”) berikut dan anda tidak boleh menggunakan Laman web ini melainkan dan sehingga anda bersetuju dengan Terma.
  2. Ajinomoto (Malaysia) Berhad, (selepas ini dipanggil “Ajinomoto”) berhak menukar kandungan Terma tanpa notis awal.
  3. Anda mungkin perlu membaca terma tambahan berkaitan keahlian “Kelab Umami” dan/atau terma lain sebelum mendaftar sebagai ahli “Kelab Umami” dan/atau perkhidmatan lain.

LARANGAN

  1. Anda dilarang daripada melakukan tindakan berikut berkait dengan penggunaan Laman web:

(1)  Sebarang tindakan yang akan atau mungkin menceroboh harta atau privasi Ajinomoto atau pihak ketiga yang lain;

(2)  Sebarang tindakan yang akan atau mungkin mengurangkan kelebihan atau menyebabkan kerosakan pada Ajinomoto atau pihak ketiga yang lain;

(3)  Sebarang tindakan yang akan atau mungkin menyakiti dasar awam;

(4)  Sebarang tindakan jenayah atau sebarang tindakan yang akan atau mungkin membawa kepada tindakan jenayah;

(5)  Sebarang aktiviti perniagaan atau perdagangan atau sebarang tindakan yang dilakukan bagi bersedia untuk sebarang aktiviti perniagaan atau perdagangan;

(6)  Membuat kenyataan atau pemberitahuan palsu, termasuk mendaftar alamat e-mel orang lain sebagai alamat anda sendiri;

(7)  Menggunakan atau menyediakan virus komputer atau atur cara bahaya yang lain;

(8)  Sebarang tindakan yang akan atau mungkin melanggar sebarang undang-undang, peraturan atau ordinan;

(9)  Sebarang tindakan lain yang dianggap oleh Ajinomoto sebagai tidak wajar.

 

  1. Jika Ajinomoto mendapati anda melakukan mana-mana tindakan dilarang di atas, syarikat mungkin menghapuskan semua atau sebahagian daripada data yang terlibat tanpa memberi anda notis awal. Walau bagaimanapun, Ajinomoto tidak bertanggungjawab dalam apa juga cara sekalipun untuk sentiasa mengawasi Laman web.

 

HAK CIPTA

  1. Semua hak cipta dan hak-hak lain dalam maklumat yang terkandung pada Laman web ini adalah kepentingan Ajinomoto atau pemegang hak yang telah memberikan lesen kepada Ajinomoto untuk menggunakan hak. Oleh itu, selain skop penggunaan peribadi maklumat yang dibenarkan oleh undang-undang, anda tidak boleh terlibat dalam sebarang penggunaan maklumat tanpa kebenaran (termasuk membuat salinan, memalsukan dan mengagihkan maklumat).
  2. Semua hak cipta bagi kandungan mana-mana e-mel yang dihantar oleh Ajinomoto kepada anda turut menjadi kepentingan Ajinomoto. Oleh yang demikian, anda tidak boleh menerbitkan atau menggunakan kandungan tersebut untuk tujuan lain tanpa kebenaran yang lebih awal.
  3. Anda perlu mengetahui terlebih dahulu bahawa dengan pengecualian, Ajinomoto berhak untuk menggunakan semua maklumat secara bebas seperti foto, video, cadangan, data peribadi dan lain-lain yang anda siarkan melalui Laman web dan/atau berikan kepada Ajinomoto dalam bentuk jawapan kepada soal selidik, permohonan atau pendaftaran kempen atau perkhidmatan dan sebagainya.
  4. Semua hak cipta, logo, karakter dan tanda perkhidmatan (secara kolektifnya “tanda perniagaan”) yang digunakan  dalam Laman web ini adalah kepentingan Ajinomoto atau pemegang hak yang telah memberikan lesen kepada Ajinomoto untuk menggunakan Tanda perniagaan. Oleh itu, anda tidak boleh terlibat dalam sebarang penggunaan Tanda perniagaan tanpa kebenaran.

 

PENAFIAN

  1. Walaupun Ajinomoto mengambil perhatian terhadap penghasilan dan pengurusan semua maklumat yang terkandung dalam laman web, ia tidak memberikan sebarang jaminan dalam apa juga bentuk terhadap ketepatan, kekinian, prestasi dan kesempurnaan maklumat dan bahan tersebut untuk sebarang tujuan tertentu.
  2. Ajinomoto boleh menggantung atau menamatkan pengurusan Laman web tanpa notis awal dan boleh mengubah, meminda, atau menukar semua atau sebahagian maklumat yang terkandung dalam Laman web.
  3. Ajinomoti tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang anda alami akibat penggunaan Laman web atau ketiadaan akses terhadap laman web atas apa juga sebab atau untuk apa-apa kerosakan yang berlaku berhubung dengan siaran, akses tanpa kebenaran, komen, atau penghantaran e-mel, SMS, urat dan panggilan telefon oleh mana-mana pihak ketiga (termasuk apa-apa kerosakan yang anda alami daripada mana-mana pertelingkahan yang anda hadapi dengan pelawat lain).

 

PENGENDALIAN DATA PERIBADI

Ajinomoto akan menggunakan data peribadi anda dengan sewajarnya menurut AKTA PERLINDUNGAN DATA OPERIBADI 2010 dan KENYATAAN PRIVASI AJINOMOTO seperti yang dinyatakan di bawah:

https://www.ajinomoto.com.my/bm/penyataan-privasi

 

CADANGAN PEMBANGUNAN PRODUK BAHARU DAN SEBAGAINYA

Ajinomoto tidak boleh menerima apa-apa idea, memo, konsep, atau sebarang cadangan lain yang anda hantar (selepas ini dipanggil “Cadangan”) berhubung dengan pembangunan produk baharu, pemasaran dan sebagainya.

Anda perlu tahu terlebih dahulu bahawa sebarang cadangan yang anda hantar akan dianggap telah dihantar berdasarkan pemahaman berikut:

  1. Ajinomoto tidak bertanggungjawab untuk mengekalkan kerahsiaan Cadangan;
  2. Ajinomoto tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk menimbang atau menilai Cadangan;
  3. Walaupun sekiranya Ajinomoto membangunkan ideanya yang sama, secara penuh atau sebahagian, mengikut cadangan anda, Ajinomoto tidak mempunyai kewajipan terhadap anda dalam apa juga bentuk.

 

LAMAN WEB PAUTAN

Ajinomoto tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang timbul daripada kandungan mana-mana laman web pihak ketiga yang dipaut pada laman web ini (selepas ini dipanggil “Laman Web Pautan”) atau daripada penggunaan Laman Web Pautan. Secara prinsipnya, pautan ke Laman web adalah percuma; tetapi dengan syarat bahawa Ajinomoto mungkin, bergantung pada kandungan Laman Web pautan atau kaedah yang digunakan untuk memaut, menolak untuk pautan sama ada sebelum atau selepas pautan diwujudkan (atas sebab seperti kandungan menyakiti dasar awam).

 

KUKI

  1. Laman web mungkin menggunakan teknologi yang dipanggil ‘kuki’ bagi tujuan berikut:

(a) Untuk membolehkan anda menggunakan laman web dengan lebih mudah pada kunjungan berikutnya;

(b) Untuk mengukur dan menganalisis bagaimana Laman web digunakan.

2. Apabila anda mengunjungi kandungan yang mengeluarkan kuki, kuki tersebut akan tersimpan pada komputer anda. Walau bagaimanapun, kuki yang tersimpan tidak akan mengandungi maklumat kenal pasti diri yang berkait dengan anda.

3. Dengan menukar tetapan pada browser, anda boleh menolak daripada menerima kuki. Namun dengan penolakan inim sesetengah bahagian Laman web mungkin tidak boleh digunakan.

 

ALAT ANALISIS WEB

Sesetengah bahagian Laman web menggunakan alat analisis web untuk meningkatkan tahap kegunaan Laman web untuk anda dan memberikan perkhidmatan maklumat yang berguna. Dasar privasi setiap alat boleh didapati di laman web berikut:

Google Analytics

https://www.google.com/intl/en/policies/privacy/

 

UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN DAN MAHKAMAH KOMPETEN

  1. Terma yang terkandung di sini hendaklah ditadbir oleh dan akan ditafsirkan dan diuruskan mengikut undang-undang Malaysia dan anda hendaklah mematuhi bidang kuasa mahkamah Malaysia.