Ajinomoto Co., Terus Menjadi Penaja Terulung Sukan SEA Ke-30 di Filipina

KUALA LUMPUR, 6 Mac 2019 - Ajinomoto Co., Inc. (“Ajinomoto Co.”) pada hari ini telah menandatangani perjanjian selaku penaja rasmi Sukan Asia Tenggara (Southeast Asian Games) atau sukan SEA yang ke-30 di Filipina selepas menjadi penaja platinum Sukan SEA yang ke-29 di Kuala Lumpur dua tahun lepas.

sea1

Pada tahun ini, Ajinomoto Co. terus menyokong aktiviti sukan ASEAN dengan menjadi penaja terulung Sukan SEA ke-30 yang dianjurkan di Filipina selaku tuan rumah bermula bulan November hingga Disember 2019.

Sukan SEA ini dianjurkan dua tahun sekali bagi membantu memperkukuh jalinan kerjasama, pemahaman dan perpaduan dalam kalangan komuniti Asia Tenggara. Sukan ini juga merupakan acara terbesar di Asia Tenggara dan mampu menarik perhatian lebih 600 juta penduduk di rantau ini.

Sejak tahun 2003, Kumpulan Ajinomoto telah berusaha untuk menganjurkan program yang diberi nama Victory Project®1 bagi membantu para atlet yang berada pada kedudukan tertinggi di Jepun melalui khidmat sokongan pemakanan, produk-produk keluaran Kumpulan Ajinomoto dan promosi program pemakanan berkhasiat. Kumpulan Ajinomoto merancang untuk mengembangkan inisiatif ini ke negara-negara ASEAN yang lain melalui program Victory Project® yang melibatkan Ajinomoto (Malaysia) Berhad.

Selepas lebih daripada satu abad, Kumpulan Ajinomoto masih meneruskan usaha untuk mempromosikan gaya hidup sihat melalui inovasi dan kepelbagaian produk. Sebagai contoh, produk amino VITAL® yang merupakan produk asid amino rantai bercabang (BCAA) yang efektif dalam pemulihan keletihan dan kesakitan otot di samping menggalakkan proses sintesis protein kepada otot yang amat berguna kepada para atlet dan sesiapa sahaja yang terlibat dengan aktiviti sukan.

Ini merupakan inisiatif Kumpulan Ajinomoto untuk menyediakan sokongan kesihatan melalui kepakaran syarikat ini dalam bidang Sains Amino di samping membentuk masyarakat yang lebih sejahtera dengan membantu mereka untuk makan secara sihat. Kumpulan Ajinomoto juga sentiasa memberi tumpuan kepada penyelesaian isu sosial melalui aktiviti-aktiviti perniagaannya. Kejayaannya terletak pada falsafah mewujudkan nilai-nilai bersama dalam kalangan masyarakat setempat dan masyarakat yang lebih global. Falsafah ini menjadi nadi perniagaan syarikat ini dan diberi nama: Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV).

 Sejajar dengan Kumpulan Ajinomoto, Ajinomoto (Malaysia) Berhad juga akan memperluas sokongannya dalam pemakanan sukan untuk terus menyumbang kepada kemajuan dalam “makanan” dan “kesihatan” orang awam serta para atlet tempatan dalam masa terdekat.

1. Victory Project®1: Aktiviti sokongan termasuk panduan mengenai pemakanan sukan dan pengambilan asid amino untuk para atlet yang berada pada kedudukan tertinggi di kejohanan antarabangsa.

Siaran Akhbar