Ajinomoto (Malaysia) Berhad Menang Anugerah Perak Program Komuniti Terbaik

Langkawi, 30 Mac 2017 – Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) menambah satu lagi kejayaan tahun ini dengan memenangi Anugerah Perak bagi Program Komuniti Terbaik di bawah kategori “syarikat dengan modal pasaran kurang daripada USD 1 Bilion” pada Persidangan & Anugerah Global CSR Tahunan ke-9 dan Anugerah Tadbir Urus Baik Global 2017 yang telah diadakan di Langkawi, Malaysia.

Persidangan & Anugerah Global CSR Tahunan dan Anugerah Tadbir Urus Baik Global ini dikenali sebagai platform paling berprestij dan dihormati dalam mengenal pasti usaha-usaha CSR dan amalan tadbir urus yang cemerlang oleh syarikat dan jenama unggul dari wilayah serantau dan seluruh dunia. Terdapat 146 penyertaan yang diterima tahun ini dari seluruh dunia tetapi hanya 38 buah syarikat sahaja yang dianugerahkan kehormatan tertinggi dalam 16 kategori anugerah utama.

Projek yang berjaya memenangi anugerah itu adalah – “Eat Well, Live Well Together with Umami” yang merupakan projek selama setahun dianjurkan oleh AMB dengan kerjasama International Medical University dan Rumah Victory Elderly Home, Puchong. Anugerah Perak Program Komunti Terbaik ini merupakan pengiktirafan yang membanggakan bagi AMB dalam menggalakkan kualiti hidup yang lebih baik dan meningkatkan standard kesihatan populasi warga emas, khususnya dengan fokus terhadap  pemakanan dengan sodium rendah dan seimbang melalui program pemakanan berkhasiat yang kaya Umami .

Dengan meraikan Nilai Bersama Ajinomoto, AMB akan terus berusaha untuk menyumbang kepada penyelesaian isu-isu sosial, memfokuskan kepada kelestarian global, sumber-sumber makanan dan kehidupan sihat melalui kepakaran perniagaan kami dalam makanan dan asid amino.

Anugerah diterima oleh Pn. Lau Chin Mun from Ajinomoto (Malaysia) Berhad
Anugerah diterima oleh Pn. Lau Chin Mun from Ajinomoto (Malaysia) Berhad
Dari kiri_ Cik. Purple Chiah (AMB), Pn Lau Chin Mun (AMB) & Dr Snigdha Misra (IMU)
Dari kiri_ Cik. Purple Chiah (AMB), Pn Lau Chin Mun (AMB) & Dr Snigdha Misra (IMU)

Siaran Akhbar