Ajinomoto Mengikuti Norma Baharu dengan Kemudahan Pembelian dalam Talian

KUALA LUMPUR, 14 Oktober 2020 – Wabak COVID-19 telah mengubah cara orang ramai membeli-belah dan membuat pembayaran. Transaksi tanpa tunai dianggap lebih selamat, cepat, fleksibel dan selesa. Kerana memahami dan demi menjaga keperluan para pengguna kami, Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) dengan bangganya telah melancarkan Kedai Rasmi Ajinomoto Malaysia di platform-platform e-dagang terkenal di Malaysia; Lazada dan Shopee pada bulan Julai 2020. AMB berhasrat untuk memanfaatkan saluran-saluran pembelian dalam talian yang semakin berkembang dengan menyediakan platform digital untuk para pengguna membeli produk-produk AMB dengan mudah tanpa perlu mengunjungi kedai-kedai fizikal yang berdekatan.

picture

Disebabkan perlu duduk di rumah, ramai rakyat Malaysia yang telah menjadikan memasak sebagai sebahagian dari norma baharu semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan pada bulan Mac 2020. AMB ingin terus menggalakkan gaya hidup sihat kepada para pelanggan, selaras dengan slogan korporat kami, “Eat Well, Live Well.” Sambil merancang masakan mereka yang seterusnya, para pelanggan dapat membeli produk-produk AMB seperti Perencah Umami ‘AJI-NO-MOTO’, ‘Rasa Sifu’, ‘TUMIX’, ‘SERI-AJI’, ‘AJI-SHIO’, ‘Pal Sweet’, ‘AJI-NO-MOTO’ PLUS, ‘AJI-MIX’, ‘aminoVITAL’ dan banyak lagi dengan pembelian atas talian.

Para pengguna disyorkan untuk ‘follow’ kedai rasmi Ajinomoto Malaysia dan klik ‘share’ untuk dikongsikan kepada rakan-rakan dan keluarga kerana terdapat pelbagai promosi dan aktiviti-aktiviti menarik menanti. Selain itu, platform-platform ‘SNS’ AMB seperti Facebook dan laman sesawang rasmi Ajinomoto juga dapat menghubungkan para pelanggan ke Kedai Rasmi atas talian.

Jadi, tibalah masanya untuk membeli-belah! ‘Jom Masak’ dan beli produk-produk Ajinomoto Malaysia di Shopee dan Lazada sekarang! Dengan Kedai Rasmi AMB di platform-platform e-dagang, hanya beberapa klik saja dan barang-barang yang anda beli akan dihantar terus ke rumah.

Siaran Akhbar