Ajinomoto Menyumbang Kepada Nutrisi Sukan

picture

KUALA LUMPUR, 30hb Oktober 2019 – Kumpulan Ajinomoto telah menyumbang secara berterusan terhadap pembangunan nutrisi sukan di Jepun sejak tahun 2003 melalui Victory Project®. Kini, projek tersebut telah berkembang ke negara-negara ASEAN termasuk Malaysia. Di Malaysia, satu projek yang dinamakan "Sports Nutrition Awareness Project" diperkenalkan dengan kerjasama antara Kementerian Pendidikan (KPM), Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB).

Prapelancaran projek itu diadakan di SSBJ, disaksikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian KPM, Encik Suhaimi Sun Abdullah, Pengetua SSBJ, Encik Ithnin Mahadi, dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif AMB, Cik Naoko Yamamoto.

Projek ini bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan atlet murid tentang kepentingan nutrisi melalui ceramah pendidikan nutrisi sukan, hidangan makanan tengah hari yang seimbang, dan perkongsian maklumat melalui poster serta portal digital. Salah satu mesej utama projek ini adalah untuk mendidik atlet murid mengenai tujuan pemakanan sihat dan memupuk tabiat pemakanan yang seimbang dalam kalangan atlet murid.

picture

Sejajar dengan Victory Project®, matlamat utama "Sports Nutrition Awareness Project" bukan sahaja menyumbang kepada kesejahteraan atlet murid tetapi juga semua rakyat Malaysia.

Kumpulan Ajinomoto ialah pengeluar global produk yang berasaskan asid amino berkualiti tinggi dan telah menyumbang kepada makanan, kesihatan dan nutrisi melalui teknologi canggih dalam sains amino.

Dengan hasil kejayaannya yang luar biasa, Ajinomoto Jepun telah memperluas sokongan nutrisi dengan menaja acara sukan global iaitu Sukan Olimpik Rio 2016 di Brazil, Sukan SEA 2017 dan Sukan Para ASEAN di Malaysia, Sukan SEA semasa, dan Sukan Para ASEAN di Filipina serta Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang bakal diadakan di Jepun.

* Victory Project®: Aktiviti sokongan termasuk panduan mengenai nutrisi sukan dan juga bantuan asid amino untuk atlet terkemuka di kejohanan antarabangsa.

Siaran Akhbar