Bolehkan Sedikit Perencah Umami Membantu Menangani Masalah Kesihatan Besar?

Hubungan yang Mengejutkan antara Umami, Garam dan Tekanan Darah Tinggi

Tekanan Darah Tinggi: “Pembunuh Senyap”

Biasanya, apabila anda datang berjumpa doktor, salah satu perkara pertama yang berlaku adalah doktor akan melilitkan kuf tekanan darah pada lengan anda, seterusnya dipam dan nota tentang kesihatan anda diambil. Jika anda bernasib baik dan sihat, itulah satu-satunya masa anda perlu berfikir tentang tekanan darah anda. Bagi orang lain, doktor mungkin memberitahu bahawa tekanan darah mereka sedikit tinggi, dan mereka harus memantau makanan yang dimakan atau lebih banyak bersenam.

Memeriksa tekanan darah adalah perkara biasa yang mungkin kita ambil mudah. Tetapi sebenarnya, mempunyai tekanan darah tinggi – atau disebut “hipertensi” adalah sangat berbahaya. Malah, menurut Mayo Clinic yang terkenal di dunia, kira-kira separuh daripada orang yang mengalami hipertensi dan tidak dirawat akan mati akibat penyakit jantung yang berkaitan dengan aliran darah yang tidak baik, seperti serangan jantung dan satu pertiga lagi dijangka mati akibat strok1. Selain itu, tekanan darah tinggi tidak mempunyai tanda-tanda yang ketara dan sudah tentu inilah yang menyebabkan doktor kerap memeriksanya.

Hypertension

Walaupun kita tahu tentang bahaya hipertensi, dan berupaya untuk mengawalnya melalui diet dan senaman serta pelbagai ubat yang berkesan, hipertensi semakin meningkat di negara-negara di seluruh dunia. Pada tahun 2015, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa kelaziman hipertensi di dalam kalangan orang dewasa yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun adalah 20% untuk perempuan, dan 24% untuk lelaki2. Lebih teruk lagi, hipertensi dianggarkan menyumbang kepada 9.4 juta kematian di seluruh dunia pada setiap tahun3. Jumlah itu adalah 13% daripada jumlah kematian yang disebabkan oleh pelbagai punca4!

Read more

Siaran Akhbar