“Eat Well, Live Well Dengan Umami”: Bagi Warga Emas

– Usaha sama antara Ajinomoto (Malaysia) Berhad dan Universiti Perubatan Antarabangsa –

KUALA LUMPUR: Usah bimbang akan umur atau risaukan tabiat pemakanan anda selama ini, ia tidak terlambat untuk anda mengamalkan tabiat pemakanan baru dan berubah corak pemikiran dengan serta-merta. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna-warni, bijirin penuh, dan protein berkualiti mampu memulihkan tenaga dan memulihara kesihatan anda secara keseluruhannya. Hakikatnya, pemakanan yang sihat dapat membantu anda.

Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) bekerjasama dengan Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) dan Rumah Warga Emas Victory, Puchong untuk menganjurkan kempen sepanjang setahun yang digelar “Eat Well, Live Well Dengan Umami”. Program ini bersasar untuk memperbaiki proses penyediaan makanan, meningkatkan selera makanan, mengubahsuai dan mencipta resipi bagi warga emas supaya pemakanan yang seimbang terjamin. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif “Ajinomoto Shared Value” (ASV) dan cabangan perkhidmatan komuniti IMU iaitu “IMU Cares”

Program ini turut menangani masalah pengambilan garam yang berlebihan dalam pelbagai bentuk makanan, justeru mewujudkan kaedah yang lebih sihat dengan menggunakan Umami. Pihak AMB dan pelajar IMU Cares yang memainkan peranan penting sebagai pemimpin pendapat muda di barisan hadapan dalam bidang penjagaan kesihatan bersama mengambil langkah agar pengambilan sodium yang rendah diamalkan untuk merendahkan risiko masalah kesihatan yang berkaitan.

Kempen ini melibatkan pra-kajian mengenai golongan warga emas secara menyeluruh, pelan pelaksanaan yang terperinci serta pemantauan dan penilaian yang teliti. Beberapa aktiviti dijalankan untuk menjayakan lagi kempen ini, misalnya pemeriksaan kesihatan, penjagaan kesihatan mulut, penilaian selera makan, pengenalan resipi sodium rendah serta kebersihan dapur dan latihan masakan untuk tukang masak. Sebanyak 56 resipi telah diubahsuai dan dicipta dengan aplikasi Umami untuk memastikan kandungan sodium yang rendah. Aktiviti-aktiviti lain termasuk senaman ringan dan aktiviti hiburan juga diadakan bagi golongan warga emas.

Bawah usaha sama antara IMU dan AMB, kempen ini bertujuan untuk menggalakkan kehidupan berkualiti dan meningkatkan taraf kesihatan golongan warga emas. Kempen ini dianggap sebagai projek perintis dengan harapan bahawa kempen sebegini dapat dianjurkan di golongan masyarakat yang serupa pada masa depan.

*Ajinomoto Shared Value (ASV): Usaha yang berkaitan dengan penciptaan nilai ekonomi dan kemajuan yang menyumbang kepada penyelesaian isu-isu sosial seperti perkembangan global yang lestari dan seimbang, sumber makanan dan gaya hidup yang sihat melalui perniagaan Kumpulan Ajinomoto yang sedia wujud sejak penubuhannya

Gambar berkumpulan sukarelawan
Gambar berkumpulan sukarelawan
Gambar berkumpulan bersama warga emas
Gambar berkumpulan bersama warga emas
Eat Well, Live Well Together' bersama Majlis Penyerahan Buku Resipi Umami
Eat Well, Live Well Together' bersama Majlis Penyerahan Buku Resipi Umami

Siaran Akhbar