Harapan Kehidupan Melalui Seni Kulinari oleh Ajinomoto (Malaysia) Berhad & Fuzi Magic

Membantu warga yang kurang bernasib baik di masyarakat di samping menikmati citarasa masakan menakjubkan, sekali lagi Ajinomoto (Malaysia) Berhad mengambil inisiatif untuk memainkan peranan dalam sumbangan sosial melalui khidmat masyarakat. Dengan objektif untuk melengkapkan kanak-kanak yang kurang bernasib baik dengan kemahiran masakan, satu kempen sepanjang 12 bulan akan dijalankan. Kempen ini dijangkakan dapat meningkatkan kualiti hidup golongan kurang bernasib baik dengan kemahiran hidup baru yang akan memberi manfaat kepada mereka untuk seumur hidup.

Juga diiktiraf sebagai sebuah syarikat makanan terkemuka, Ajinomoto (Malaysia) Bhd bekerjasama dengan FuziMagic, satu badan kebajikan sukarela yang mengetuai seramai 24 warga kurang bernasib baik yang  terdiri daripada ibu tunggal dan anak-anak yatim yang berumur 13 dan ke atas dalam persekitaran Lembah Klang untuk meneroka dunia masakan. Selain daripada penyediaan masakan makanan gerai dengan menggunakan produk AJI-NO-MOTO ®, para peserta juga akan dibimbing dengan tips keselamatan termasuk penggunaan peralatan dan pengetahuan untuk bekerja dalam persekitaran dapur yang bersih.

2 jenis kelas latihan akan diadakan, iaitu ‘Kelas Intensif Kemahiran Kulinari Asas’ yang akan dijalankan selama 3 bulan dan  diikuti dengan ‘Kelas Masakan Eksklusif’ selama 9 bulan. ‘Kelas Intensif Kemahiran adalah pengenalan yang merangkumi latihan kemahiran masakan yang khusus & spesifik dalam 3 menu setiap kelas, manakala ‘Kelas Masakan Eksklusif’ melibatkan 4 menu setiap kelas berpandukan chef selebriti dan chef akademik.

Untuk membina semangat muhibah sepanjang kempen itu, Ajinomoto (Malaysia) Berhad menaja sepenuhnya kelas dengan percubaan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik. “Eat Well, Live Well”; bersama-sama kita menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Belajar membakar pizza dengan cara yang betul
Belajar membakar pizza dengan cara yang betul
Foto berkumpulan semua peserta dengan kakitangan Ajinomoto (Malaysia) Berhad
Foto berkumpulan semua peserta dengan kakitangan Ajinomoto (Malaysia) Berhad
Semua anak yatim belajar teknik memotong
Semua anak yatim belajar teknik memotong
Semua peserta memberi tumpuan kepada pendidikan kulinari yang disediakan
Semua peserta memberi tumpuan kepada pendidikan kulinari yang disediakan