Kemahiran Memasak Mampu Mewujudkan ‘Hope of Life’

Kuala Lumpur, 28 Disember 2016 – Kini, lebih banyak sebab untuk meraikan Tahun Baru yang akan datang dengan harapan semoga kehidupan akan menjadi lebih baik. Demi memberikan teladan yang baik, Kumpulan Ajinomoto berdedikasi dalam membina kemampanan sosial di mana sahaja kami berada di seluruh dunia. Sebagai penutup bagi tahun 2016 yang sungguh bermakna ini dan suatu permulaan yang baik untuk tahun baru, program pembangunan sosial dan kemahiran ‘Hope of Life with Culinary Arts’ telah dirancang dan dijalankan oleh Ajinomoto (Malaysia) Berhad bermula pada November 2016 dengan kerjasama daripada HOPE Worldwide Malaysia, Institut Bakeri Malaysia (MIB) dan Junior Chamber International (JCI) Kuala Lumpur.

Program yang bermula sejak tahun 2013 ini, dilaksanakan sebagai inisiatif muhibah untuk memberi inspirasi, memperkasa, mendidik dan membangunkan masyarakat yang kurang bernasib baik terutamanya golongan belia dengan beberapa kemahiran yang boleh membantu mereka untuk menampung kehidupan pada masa hadapan dan pada masa yang sama dapat membenteras isu-isu sosial yang berlaku akibat kemiskinan.  Tahun ini merupakan tahun ketiga bagi program ini dan kami telah berjaya menarik penyertaan seramai 26 orang belia berumur diantara 15 hingga 23 tahun. Pada keseluruhannya, mereka berasal daripada keluarga yang berpendapatan di bawah RM1,000 yang kini mendapat manfaat daripada Program Kesihatan dan Pendidikan HOPE Worldwide Malaysia.

Setiap ujian itu ada hikmahnya. Didorong oleh semangat dalam memberi harapan kepada golongan miskin dan golongan yang memerlukan, sebanyak 5 kelas telah dirancang bermula dari November 2016 hingga Mac 2017 bagi golongan belia yang kurang bernasib baik ini, untuk memperkukuhkan mereka dengan kemahiran memasak. Keseluruhan kelas terdiri daripada 1 kelas teori masakan, 2 kelas masakan panas dengan memberi tumpuan kepada makanan tempatan yang popular di Malaysia dan 2 kelas membuat pastri.

Setakat ini, 2 kelas telah berjaya dijalankan pada November yang lalu, iaitu kelas teori masakan dan kelas masakan panas. Kelas membuat pastri pula akan diadakan pada bulan Disember di bawah bimbingan Fakulti MIB. Peserta akan diajar untuk membuat snek dengan resipi yang dicipta oleh MIB.

Seterusnya, satu kempen Jualan Kebajikan akan diadakan pada Mac 2017 sebagai usaha untuk menilai kemajuan pembelajaran. Kempen ini turut memberi peluang kepada para peserta yang telah dilatih untuk merasai manfaat kemahiran masakan dalam mengejar kejayaan masa hadapan. Semua peserta akan menyediakan salah satu resipi yang telah dipelajari sebelum ini untuk dijual. Kemudian, dana yang berjaya dikumpul daripada aktiviti ini akan diderma kepada semua benefisiari. Selepas aktiviti Jualan Kebajikan, Ajinomoto (Malaysia) Berhad akan mengadakan program graduasi sebagai tamatnya latihan kulinari mereka dan mengiktiraf pencapaian semua graduan.

Pepatah ada menyatakan, “memberi seseorang seekor ikan, maka anda memberinya makan untuk sehari; mengajar seorang untuk memancing ikan, maka anda memberinya makan untuk seumur hidup.”  Oleh itu, kelas-kelas masakan yang telah dirancang ini menawarkan pendedahan yang bermanfaat kepada para peserta untuk belajar dan menggilap kemahiran memasak, sama ada dalam menyediakan makanan tempatan yang lazat, membuat pastri enak, dan merasai aktiviti jualan. Kemahiran ini sudah semestinya dapat menerangi masa depan semua peserta yang mengambil bahagian dan diharapkan akan terus menyuntik semangat mereka untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan selepas ini. Bersama-sama dengan semua pihak yang telah memberikan kerjasama, kami membentuk masyarakat harmoni di mana kemiskinan boleh diatasi melalui wawasan daripada kemahiran hidup yang dipelajari.

Kelas teori berkenaan dengan kebersihan kendiri
Kelas teori berkenaan dengan kebersihan kendiri
Taklimat daripada Chef Khem kepada semua peserta
Taklimat daripada Chef Khem kepada semua peserta
Chef Khem menunjukkan cara untuk menggunakan oven
Chef Khem menunjukkan cara untuk menggunakan oven
Sesi 'hands-on' daripada para peserta. Para peserta bekerjasama dalam menyiapkan biskut
Sesi 'hands-on' daripada para peserta. Para peserta bekerjasama dalam menyiapkan biskut
Sesi perkongsian VIPs semasa temubual bersama media
Sesi perkongsian VIPs semasa temubual bersama media
Gambar berkumpulan
Gambar berkumpulan

Siaran Akhbar