Komited dalam Menggunakan Tenaga Kami dengan Cara yang Betul

Berusaha untuk Masa Depan berasaskan Pembangunan Lestari

IPada bulan September 2015, semasa satu Persidangan Kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bersejarah, pemimpin-pemimpin dunia telah menerima pakai 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDG). Untuk 15 tahun berikutnya, negara-negara di seluruh dunia akan menggerakkan usaha untuk menamatkan semua bentuk kemiskinan, memerangi ketidaksamarataan, dan menangani perubahan iklim1.

Usaha di peringkat antarabangsa ini adalah sangat penting untuk masa depan planet kita. Sebagai contoh, sekiranya tiada usaha dilakukan untuk menangani perubahan iklim, suhu permukaan purata global dijangka akan meningkat sebanyak 4.8o C (8.64 °F) menjelang tahun 2100. Jika ini berlaku, taufan dan ribut lain akan menjadi lebih kuat, banjir dan kemarau akan lebih kerap berlaku, dan penyakit berjangkit seperti malaria akan tersebar meluas2.

Bukan hanya negara-negara yang berusaha untuk mencapai SDG. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan dari Festival Kreativiti Cannes hinggalah kepada para pembuat filem “Angry Birds”, dengan niat untuk menyebarkan maklumat mengenai pembangunan lestari dan mencapai penyelesaian khusus untuk3 matlamat
individu. Bilangan pemegang kepentingan utama yang menyatakan keinginan untuk bekerjasama dengan perniagaan yang menyokong SDG secara aktif telah meningkat.

Inilah salah satu sebab mengapa sebilangan syarikat besar secara sukarela telah memberi komitmen untuk membantu dalam mencapai SDG. Ajinomoto Co., Inc. (“Ajinomoto Co.”) berbangga menjadi salah satu daripada mereka. Terdapat beberapa sebab mengapa kami terlibat dalam usaha ini. Pertamanya, kami adalah sebuah organisasi antarabangsa yang mempunyai cawangan yang besar, beroperasi di 30 buah negara, dan kami berkecimpung dalam perniagaan yang mengubah sumber semula jadi menjadi produk makanan pada skala yang besar. Oleh itu, kami merasakan bahawa kami berada dalam kedudukan yang istimewa untuk menghasilkan perubahan yang nyata dan positif untuk dunia. Dan keduanya, kami merasakan bahawa ia adalah suatu perkara yang sepatutnya dilakukan.

Klik di sini untuk membaca lebih lanjut!

Siaran Akhbar