Lebih daripada 400 Anak Yatim mendapat Manfaat daripada Kempen Sahur ‘Seri-Aji’

KUALA LUMPUR, 16hb April 2021 – Sempena bulan Ramadhan tahun ini, Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) telah menganjurkan Kempen Sahur 'Seri-Aji' bersama rumah-rumah anak yatim berhampiran untuk berkongsi kegembiraan bulan suci ini dengan kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Kempen ini diadakan sebagai sebahagian daripada inisiatif Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV) bagi menyokong masyarakat tempatan untuk "Eat Well, Live Well", yang telah memberi manfaat kepada lebih daripada 400 anak yatim dari 7 buah rumah yang terletak di sekitar premis AMB. Ajinomoto dengan bebesar hati berkongsi resipi nasi goreng ‘Seri-Aji’ yang seimbang semasa sahur, serta keperluan puasa harian seperti kurma Safawi dalam usaha menyelesaikan keperluan mereka di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Antara cabaran terbesar dalam bulan puasa adalah untuk kekal bertenaga, terutama sekali bagi kanak-kanak yang baru belajar mengerjakan amalan ini. Dalam usaha untuk mengatasi cabaran ini, AMB telah memikul tanggungjawab untuk memberi sokongan kepada orang awam agar dapat kekal bertenaga ketika berpuasa dengan menyebarkan faedah hidangan nasi goreng yang seimbang melalui resipi Nasi Goreng Kampung Kaw dan Nasi Goreng Berkurma dengan anggota rumah anak yatim yang terlibat. Hal demikian telah memberi inspirasi kepada para tukang masak anak yatim untuk menyediakan nasi goreng yang berkhasiat, kreatif dan seimbang dengan hanya 3 langkah mudah. Selain berasa enak, kanak-kanak juga dapat terus kekal bertenaga sepanjang hari dengan mendapatkan nutrien yang lengkap dari nasi, daging dan sayur-sayuran semasa sahur.

Walau bagaimanapun, usaha AMB untuk berkongsi keindahan Ramadhan bukan sekadar itu. Selain menikmati resipi nasi goreng Seri-Aji yang ringkas, enak dan seimbang dengan orang yang tersayang, para pengguna juga berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai lebih dari RM20,000! Mereka hanya perlu mengikuti 3 langkah mudah untuk menyertai peraduan beli dan menang dan hantarkan penyertaan mereka melalui laman web AMB di www.ajinomoto.com.my. Cepat, kerana peraduan ini akan berakhir pada 16 Mei 2021!

Melalui inisiatif ASV ini, AMB berharap dan berasa optimistik bahawa mereka dapat menyokong para ibu serta tukang masak di rumah dalam menyediakan makanan yang mudah, berkhasiat dan seimbang untuk seisi keluarga pada waktu sahur agar mereka dapat kekal bertenaga sepanjang hari.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Meor Azwin / Cik. Cindy Chan di talian +603 7980 6958 (Ext 264 / 439) atau meor@ajikl.com.my / liting@ajikl.com.my

Siaran Akhbar