‘Membongkar Rahsia Rasa Asas Kelima – Umami’ Bengkel Sains Makanan, Menguji Rasa Dan Pengalaman Deria Umami Kali Pertama Untuk Chef Profesional

Kuala Lumpur – 11 September, 2014 – Umami telah diguna pakai oleh chef di seluruh dunia selama berabad-abad, namun kebanyakan daripada mereka masih menganggap rasa kelima ini hanya mempunyai kaitan dengan masakan Jepun. Amat menarik apabila mengetahui bahawa Umami telah ditemui dalam pelbagai jenis makanan yang lain, seperti tomato, keju, cendawan malahan susu ibu; kesemuanya kerap digunakan dalam masakan antarabangsa tanpa banyak yang menyedarinya.

Pada 11 September 2014, chef professional berpeluang mempelajari, menikmati dan merasai sendiri pengalaman berkaitan Umami – rasa asas kelima menerusi bengkel kulinari menguji rasa dan deria yang diadakan di Teater Kulinari Ajinomoto dan Pusat Pameran Umami, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Bengkel ini direka khusus bagi chef menerokai, mempelajari dan berkongsi penemuan serta pengetahuan penting mengenai Umami; seterusnya mencipta resipi lazat yang menepati selera.

Oleh itu, tiga penceramah jemputan; Profesor dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia Dr. Jinap Selamat, Chef Eksekutif Cilantro Restaurant Takashi Kimura dan Chef Eksekutif Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Richmond Lim, telah dijemput khas bagi berkongsi penemuan dan maklumat berharga tentang Umami serta ramuan yang kaya dengan Umami yang terdapat dalam masakan Jepun dan antarabangsa.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Ajinomoto (Malaysia) Berhad Ryoichi Ebata, matlamat bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai Umami, rasa asas kelima yang sangat bermanfaat bagi golongan chef dalam mencipta resipi yang memuaskan dan lazat.  “Bengkel Umami ini bertujuan untuk mendidik kalangan profesional dalam perkhidmatan makanan dan chef mengenai Umami, menyerlahkan bahan yang kaya dengan Umami dalam masakan yang berbeza seterusnya bagaimana mereka bekerja bersama-sama dalam mengimbangi rasa serta citarasa setiap hidangan selaras dengan falsafah Ajinomoto, “Eat Well, Live Well“.

Bengkel dimulakan dengan pembentangan kertas kerja daripada Prof. Dr Jinap Selamat, mengenai pembangunan kerja dan penyelidikan menyeluruh serta penemuan menarik Umami dengan tumpuan diberikan kepada profil rasa yang unik. Selain menerangkan mengenai Umami beliau menjelaskan secara mendalam tentang bagaimana reseptor-reseptor Umami ditemui pada lidah manusia oleh para saintis pada tahun 2000.

Prof Dr Jinap turut berkongsi maklumat tentang fungsi dan kelebihan Monosodium Glutamat atau bahan perasa Umami kepada peserta bengkel. “Kadar kandungan natrium dalam perasa asli Umami adalah tiga kali lebih rendah daripada garam makanan,” katanya. “Jadi apabila perasa asli Umami ini digunakan dengan cara yang tepat semasa memasak, ianya dapat menurunkan 30 peratus penggunaan natrium.”

Bagi membolehkan hadirin merasai pengalaman yang lebih mendalam, dua chef berpengalaman Chef Takasihi Kimura membentangkan mengenai penemuan Umami manakala Chef Richmond Lim menunjukkan penggunaan dan kepelbagaian Umami dalam berbagai-bagai jenis masakan. Kedua-dua chef juga mengendalikan sesi menguji rasa dalam kombinasi makanan yang kaya dengan Umami.

Akhir sekali, sebagai menyempurnakan sesi bengkel interaktif ini tetamu telah dibawa melawat Pusat Pameran Umami Ajinomoto, bagi membolehkan chef masa kini memahami betapa signifikannya Umami bagi mereka membangunkan masakan yang enak kepada pelanggan yang bijak menilai rasa antara satu masakan dengan masakan yang lain.

Sesi bergambar secara berkumpulan mengakhiri bengkel
Sesi bergambar secara berkumpulan mengakhiri bengkel
Pembentangan Umami yang menarik oleh Chef Richmond Lim
Pembentangan Umami yang menarik oleh Chef Richmond Lim
Prof Jinap Selamat menerangkan sains di sebalik rasa Umami
Prof Jinap Selamat menerangkan sains di sebalik rasa Umami
Sesi soal jawab bersama penceramah jemputan
Sesi soal jawab bersama penceramah jemputan
Lawatan Muzium Umami, yang dipimpin oleh Mr Jason Ho, Eksekutif Komunikasi Korporat
Lawatan Muzium Umami, yang dipimpin oleh Mr Jason Ho, Eksekutif Komunikasi Korporat