Pembentukan Perpaduan Melalui Kasih Sayang Dan Kesenian Hari Warga Korporat & Kelas Memasak Dalaman Ajinomoto

KUALA LUMPUR: Keprihatinan dan sokongan sosial memainkan peranan yang penting dalam perkembangan kanak-kanak terutamanya mereka yang kurang bernasib baik. Sekali lagi, Ajinomoto (Malaysia) Berhad meneruskan usahanya sebagai sebuah syarikat yang mempraktikkan tanggungjawab sosialnya untuk meningkatkan modal insan 15 kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari “Dignity for Children Foundation”, sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) semasa Hari Kewargaan Korporatnya yang dijalankan di Ajinomoto (Malaysia) Berhad pada 14 March 2015. Hari Warga Korporat ini merupakan lawatan didik hibur yang memberi peluang dan pendedahan kepada kanak-kanak tersebut untuk mempelajari maklumat baru, memperoleh pengetahuan, dan meningkatkan kemahiran bersama dengan warga Ajinomoto.

Semasa lawatan didik hibur tersebut, kanak-kanak dipelawa untuk melawat 1909 Infoseum sebagai pembuka minda mereka dengan maklumat baru mengenai dunia gastronomi dan sejarah Ajinomoto. Seterusnya, permainan dan aktiviti seperti susun suai gambar dan teka silang kata yang berasaskan pertandingan telah dijalankan di kalangan peserta.

Kemuncak pada hari tersebut merupakan pertandingan memasak yang melibatkan chef junior baru dan warga Ajinomoto bersama-sama mencuba dan berusaha yang terbaik menyiapkan resipi berdasarkan tema ‘Artisan Pembuka Selera’ yang didemonstrasikan oleh Chef Karam. Selain daripada bimbingan mengenai cara penggunaan produk Ajinomoto dalam penyediaan makanan, peserta juga didedahkan kepada panduan keselamatan memasak dalam penjagaan persekitaran dapur yang bersih.

Sebagai pakar dalam perindustrian makanan dengan bangganya, Ajinomoto (Malaysia) Berhad akan meneruskan segala usaha penyumbangan dalam peningkatan gaya hidup kepada golongan yang kurang bernasib baik termasuk mengajar mengenai kemahiran masakan.

Sesi bergambar bersama kanak-kanak daripada Dignity For Children Foundation” bersama-sama dengan sukarelawan dan kakitangan Ajinomoto®.
Sesi bergambar bersama kanak-kanak daripada Dignity For Children Foundation” bersama-sama dengan sukarelawan dan kakitangan Ajinomoto®.
Peserta bekerjasama untuk menyelesaikan teka-teki yang diberikan untuk permainan kedua.
Peserta bekerjasama untuk menyelesaikan teka-teki yang diberikan untuk permainan kedua.
Kanak-kanak mendengar penjelasan mengenai kaedah pemprosesan produk Ajinomoto® di 1909 Infoseum.
Kanak-kanak mendengar penjelasan mengenai kaedah pemprosesan produk Ajinomoto® di 1909 Infoseum.
Demo masakan dikendalikan oleh Chef Karamvir Singh Godrei untuk menunjukkan teknik yang tepat dalam penyediaan masakan berdasarkan resepi diberikan untuk pertandingan.
Demo masakan dikendalikan oleh Chef Karamvir Singh Godrei untuk menunjukkan teknik yang tepat dalam penyediaan masakan berdasarkan resepi diberikan untuk pertandingan.
Kakitangan Ajinomoto® dan anak-anak berganding bahu dalam pertandingan memasak yang memerlukan setiap pasukan menyediakan 2 resipi utama.
Kakitangan Ajinomoto® dan anak-anak berganding bahu dalam pertandingan memasak yang memerlukan setiap pasukan menyediakan 2 resipi utama.

Siaran Akhbar