Sains Amino dan Pemakanan yang Seimbang - Wira Di Sebalik Atlet Jepun

Mengetahui bahawa atlet memberikan prestasi yang lebih baik dengan pengambilan asid amino yang sesuai serta diet yang seimbang, Ajinomoto Co. Inc. (“Ajinomoto Co.”) mula menggunakan hasil kepakaran penyelidikan dan pembangunannya yang mantap dalam bidang sukan di bawah kempen “Sains Amino untuk Sukan”. Sejak tahun 2003, kami telah mula menjalankan program Victory Project®, yang menyokong pasukan kebangsaan Jepun dan organisasi sukan serta atlet individu dengan bantuan asid amino dan nasihat berkenaan hidangan yang seimbang dari segi pemakanannya.

Rahsia Atlet Yang Berjaya   
 
Detik seseorang atlet memecahkan rekod dunia sering dikenang umum. Nampaknya detik sebegitu semakin kerap berlaku. Pertimbangkan, sebagai contoh, rekod dunia maraton lelaki kelihatan diatasi dengan prestasi yang lebih baik dari tahun ke tahun. Rekod dunia masa diambil kini menghampiri 2 jam—pencapaian yang dianggap setara dengan menamatkan larian 1 batu dalam masa 4 minit — yakni perkara yang dianggap mustahil oleh orang ramai 20 tahun lalu. 

Mengapakah rekod dunia ini diatasi dengan begitu cepat? Kami percaya bahawa salah satu faktor utama mungkin tersembunyi dalam pemakanan atlet. Kita sering mengaitkan makanan dengan sukan. Seorang pakar pemakanan terkemuka mengatakan bahawa makanan yang anda ambil sebelum, semasa dan selepas pertandingan adalah sama penting sama seperti yang anda lakukan semasa pertandingan itu1. Terdapat atlet di seluruh dunia yang mempercayai kaitan ini. Perenang Amerika, Michael Phelps, yang telah memenangi 23 pingat emas Olimpik, diketahui umum mengamalkan diet sumber protein yang baik seperti ikan dan ayam bagi mendapatkan prestasi yang baik di kolam renang2.

Para saintis telah lama mengkaji sains pemakanan yang berkaitan dengan sukan, dan Ajinomoto Co. Inc. (“Ajinomoto Co.”) mempunyai sejarah yang lama dalam kajian sains dan teknologi makanan, dengan tumpuan pada asid amino. Selepas mengesahkan hubung kait positif antara prestasi sukan dengan pengambilan diet seimbang termasuk asid amino, Ajinomoto Co. memulakan penyelidikan dan pembangunan yang teliti dalam bidang ini.

Nampaknya sokongan Ajinomoto Co. terhadap pasukan kebangsaan Jepun telah membantu atlet Jepun memenangi lebih banyak pingat berbanding sebelumnya. Jepun telah memenangi 13 pingat di Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang pada tahun 2018—lebih daripada jumlah 8 pingat di Sukan Olimpik Musim Sejuk Sochi pada tahun 2014. Demikian juga, pasukan Jepun telah memenangi 25 pingat di Sukan Olimpik Beijing pada tahun 2008, 38 pingat di London pada tahun 2012, dan lebih mengagumkan lagi, sejumlah 41 pingat di Rio de Janeiro pada tahun 2016.

vol12

Di Sebalik Tabir Kuasa Asid Amino  

Latihan dan senaman yang intensif menghabiskan asid amino yang sedia ada pada tisu otot lalu menyebabkan kelesuan dan merosakkan tisu otot5. Kehadiran asid amino dalam darah adalah penting untuk atlet kerana ia meningkatkan kekuatan otot dan ketahanan fizikal.

Dua puluh peratus daripada badan manusia terdiri daripada protein yang terbina daripada gabungan dua puluh jenis asid amino yang berbeza. Antaranya, Valina, Leusina dan Isoleusina dikenali sebagai asid amino rantai bercabang (BCAA). Kelebihan pengambilan BCAA ialah ia boleh diserap dalam masa tiga puluh minit sahaja berbanding empat jam yang diperlukan untuk mencerna protein yang lebih rumit daripada segi strukturnya. Dalam erti kata lain, pengambilan BCAA adalah penting untuk mengekalkan keadaan badan yang sihat dan untuk pulih dengan cepat daripada kelesuan5. "Memandangkan asid amino asas tidak dapat disintesiskan di dalam badan manusia, ia perlu dibekalkan melalui diet atlet."

Baca Selanjutnya