Saringan Risiko AminoIndex™ (AIRS™): Mengesan Kanser Sebelum Ia Bermula

SUMMARY

- Satu faktor yang menyumbang kepada kesihatan dan panjang umur orang Jepun adalah kekerapan melakukan saringan kesihatan
- Ajinomoto Co., Inc. (“Ajinomoto Co.”) telah membangunkan teknologi Saringan Risiko AminoIndex™ (AIRSTM) untuk mengesan kanser dan penyakit gaya hidup
- Ajinomoto Co. bercadang untuk memperluaskan teknologi yang bernilai ini kepada negara-negara lain berdasarkan keperluan khusus mereka pada masa akan datang
 

Mengapa Rakyat Jepun Hidup Begitu Lama?

Hakikat bahawa orang Jepun mempunyai jangka hayat terpanjang di dunia - dan bahawa mereka hidup lebih sihat hingga usia tua - didokumentasikan dengan baik. Malah, ia menjadi salah satu tumpuan Surat Berita jilid 5 dan 8, “Bolehkah Ajinomoto Co. Mengeksport Jangka Hayat Warga Jepun yang Sihat?”.

Banyak teori cuba menjelaskan sebabnya. Adakah makanan Jepun sebabnya? Adakah ia genetik? Adakah ia kerana masyarakat Jepun cenderung menjalinkan hubungan yang rapat termasuk banyak sokongan sosial dan keluarga untuk mereka yang uzur? Atau mungkin faktor senaman1? Ini merupakan satu persoalan yang sangat menarik, lebih-lebih lagi kerana Jepun juga terkenal dengan tekanan hidup yang tinggi, waktu kerja yang panjang dan kadar merokok serta pengambilan minuman beralkohol yang tinggi.

ajinomoto

Satu faktor yang sudah pasti menyumbang kepada penuaan sihat orang Jepun ialah sistem penjagaan kesihatan dan khususnya, pemeriksaan kesihatan yang kerap. Sudah tentu, pemeriksaan kesihatan tersedia di seluruh dunia, namun di Jepun, saringan secara besar-besaran diberikan untuk setiap pelajar di sekolah, di tempat kerja, dan dalam sistem penjagaan kesihatan universal masyarakat dan kerajaan tempatan. Sementara di negara-negara lain, pemeriksaan kesihatan selalunya hanya diminta oleh mereka yang amat mementingkan kesihatan, di Jepun ia satu perkara biasa. Sudah pasti, pengesanan awal penyakit dan masalah kesihatan yang lain semestinya menyumbang kepada masyarakat yang lebih sihat.

Statistik nampaknya menyokong idea ini. Sebagai contoh, Jepun membelanjakan hanya 10% daripada KDNK negara untuk menyediakan penjagaan kesihatan, berbanding 17% di Amerika Syarikat. Walaupun dengan jumlah pelaburan yang lebih kecil ini, kadar kesihatan dan panjang umur di Jepun adalah antara yang tertinggi di dunia1.

Baca Selanjutnya

Siaran Akhbar