Ajinomoto Co., Inc. Menjadi Penaja Utama Bagi Kedudukan Tertinggi Sukan SEA Ke-31 yang Akan Diadakan di Vietnam

KUALA LUMPUR, 25 Januari 2022 – Ajinomoto Co., Inc. (“Ajinomoto Co.”) telah menandatangani persetujuan pada hari ini untuk berperanan sebagai penaja rasmi Sukan Asia Tenggara ke-31 (“Sukan SEA”) yang akan diadakan di Vietnam pada Mei 2022. Ajinomoto Co. akan memberikan sokongan selaku penaja utama bagi kedudukan tertinggi Sukan SEA.

Sukan SEA dianjurkan secara dwitahunan bagi membina kerjasama serantau, persefahaman dan perpaduan yang kukuh dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara. Ia merupakan acara sukan terbesar yang diadakan di Asia Tenggara, dengan tarikan minat daripada lebih 600 juta orang di sekitar wilayah itu. Bagi acara tahun ini di Vietnam, Ajinomoto Co. akan menjadi penaja utama bagi kedudukan tertinggi seperti acara yang lalu.

Sejak 2003, Ajinomoto Co. telah mengusahakan Victory Project®1 bagi menyokong situasi atlet berperingkat tinggi di Jepun serta melaksanakan aktiviti sokongan nutrisi dengan memanfaatkan kehebatan asid amino, termasuk menyediakan produk Kumpulan Ajinomoto seperti aminoVITAL® dan mempromosikan Winning Meals Kachimeshi®2. Berbekalkan ilmu ini, sejak 2008 enam anak syarikat Kumpulan Ajinomoto di rantau ASEAN telah mengikuti ASEAN Victory Project®3 bersama persatuan kesukanan, para atlet serta sekolah sukan di negara masing-masing. Ajinomoto Co. akan menggunakan tajaan rasmi Sukan SEA ini sebagai peluang untuk memberikan sokongan selanjutnya di bawah ASEAN Victory Project® melalui anak syarikatnya di rantau ASEAN.

Ajinomoto Co. telah menubuhkan pangkalan perniagaan di Malaysia, juga di Vietnam (negara penganjur bagi acara tersebut), Filipina, Thailand, Indonesia, Singapura dan lain-lain, serta telah menjalankan perniagaan makanan pengguna di negara-negara tersebut selama beberapa tahun, lantas mengekalkan hubungan yang rapat dengan budaya makanan tempatan. Ajinomoto Co. akan terus memberikan sokongan kepada sukan dan menggunakan ilmu serta kehebatan asid amino untuk menyumbang kepada isu berkaitan makanan dan kesihatan manusia di setiap negara.

Selaras dengan hala tuju Kumpulan Ajinomoto, sejak 2019, Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) telah memulakan kerjasama bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dan sekolah sukan negara bagi “Projek Kesedaran Nutrisi Sukan”. Selain itu, aminoVITAL® telah dilancarkan pada 2020 untuk memberi manfaat kepada atlet tempatan dan individu aktif melalui kepakaran dalam sains amino. Itu merupakan antara inisiatif Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV)4 dalam bidang pemakanan sukan sejurus penglibatan AMB dalam Sukan Asia Tenggara ke-29 (Sukan SEA) Kuala Lumpur pada 2017 sebagai penaja Platinum.

  1. Aktiviti sokongan termasuk panduan tentang nutrisi sukan dan asid amino untuk situasi atlet peringkat atasan di kejohanan antarabangsa.
  2. Program nutrisi Ajinomoto Co. bagi meningkatkan persekitaran nutrisi kepada para atlet.
  3. Pada 2018, AJINOMOTO (SINGAPURA) PRIVATE LIMITED mula menyokong Persatuan Renang Singapura, PT AJINOMOTO INDONESIA mula menyokong seorang perenang individu Indonesia, dan AJINOMOTO CO., (THAILAND) LTD mula menyokong Persatuan Bola Tampar Thailand. Pada 2019, AJINOMOTO PHILIPPINES CORPORATION mula menyokong atlet karate individu, dan Ajinomoto (Malaysia) Berhad mula menyokong sekolah sukan negara. Pada 2020, AJINOMOTO CO., (THAILAND) LTD mula menyokong Persatuan Badminton dan pada 2021, AJINOMOTO VIETNAM CO., LTD mula menyokong Saigon FC, pasukan bola sepak profesional.
  4. Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV) mewakili komitmen tetap Kumpulan Ajinomoto, untuk merealisasikan kesejahteraan yang lebih baik untuk orang ramai di seluruh dunia dengan menyumbang kepada "Eat Well, Live Well". ASV menyasarkan untuk menyelesaikan isu sosial yang berkaitan dengan kelestarian  global, sumber makanan dan kesihatan & kesejahteraan, yang membawa kepada penciptaan nilai ekonomi. Kejayaannya bergantung kepada mencipta nilai bersama komuniti setempat serta masyarakat lebih luas.

Rujukan

Ringkasan Sukan SEA ke-31

(1) Lokasi: Hanoi, Vietnam
(2) Jadual acara: 12 hingga 23 Mei 2022 (12 hari)
(3) Negara terlibat: Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam, Malaysia, Brunei, Kemboja, Laos, Myanmar, Singapura, Timor-Leste (11 negara)
(4) Organisasi penganjur: Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Tenggara Vietnam ke-31 2021

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mr. Meor / Ms. Cindy di talian +60-3-7980 6958 (Ext 264 / 439) atau meor@ajikl.com.my  / liting@ajikl.com.my

Siaran Akhbar