Kempen “Bersahur bersama Seri-Aji®” Ajinomoto Malaysia Kini Kembali

Seri-Aji Sahur banner

KUALA LUMPUR, 29 Mac 2023 - Menjelang Ramadan, kebanyakkan keluarga beragama Islam akan memulakan rutin mereka untuk bangun jam 4.30 pagi untuk menyediakan hidangan sahur. Sebagai persediaan untuk berpuasa sepanjang hari, majoritinya akan menghidangkan makanan yang ringkas dan menyelerakan seperti nasi goreng dan mi goreng untuk mengekalkan tenaga sehingga waktu berbuka puasa.

Kempen Sahur Seri-Aji® Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) kembali sebagai sebahagian daripada inisiatif Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV) untuk mempromosikan resipi nasi goreng yang lazat, seimbang dan mudah untuk dinikmati oleh seisi keluarga.

Melalui kempen ini, AMB ingin berkongsikan kebaikan bulan yang mulia ini bersama orang ramai, bermula dengan mendidik golongan masyarakat yang kurang berkemampuan tentang kepentingan memakan makanan yang seimbang semasa sahur sepanjang Ramadan. Selain itu, AMB akan menyumbangkan bahan keperluan bagi menyediakan sajian seimbang seperti produk Seri-Aji®, beras, ayam, ikan bilis, dan kurma kepada rumah-rumah anak yatim supaya mereka dapat memulakan hari mereka dengan sajian yang enak dan lengkap untuk sahur. Kami juga akan melawat salah satu daripada rumah anak yatim tempatan pada awal Ramadan untuk menikmati sahur bersama kanak-kanak di sana.  

Seri-Aji Sahur Visit Orphanage home

AMB akan menganjurkan pelbagai aktiviti bagi meraikan ketibaan bulan Ramadan bersama rakyat Malaysia yang menyambut bulan mulia ini. Pertandingan “Beli dan Menang Bersahur Bersama Seri-Aji®” akan menyediakan peluang untuk anda memenangi sebahagian daripada hadiah bernilai jumlah RM20,000, termasuk hadiah wang tunai, peralatan memasak dan balang kuih sambil menyediakan sahur untuk seisi keluarga! Bukan itu sahaja, Ajinomoto Malaysia juga akan berkongsi resipi produk Seri-Aji® dengan rakyat Malaysia bagi penyediaan sahur sepanjang Ramadan. Hidangan yang dikongsikan bukan sahaja cepat dan mudah untuk disediakan, malah seimbang dan lazat.

Dengan inisiatif ini, AMB berharap agar rakyat Malaysia akan dapat menikmati hidangan enak yang cepat dan mudah, dan berterusan untuk “Eat Well, Live Well.” bersama Ajinomoto. Di samping itu, AMB akan terus berusaha untuk menjadi “Syarikat Makanan Halal Sedunia Bersentrik Pelanggan” yang menyumbang dalam menangani Isu Pemakanan dan Kesihatan Masyarakat melalui Kepakaran & Penyelesaian Inovatif Kami.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ajinomoto.com.my atau laman Facebook kami di @MyAjinomoto

Siaran Akhbar