Pembukaan Rasmi Kilang Baharu Ajinomoto (M) Berhad Di Bandar Enstek Halal Hub, Negeri Sembilan

VIP

 

Negeri Sembilan, 10 Disember 2022 Ajinomoto (M) Berhad (AMB) secara rasmi telah membuka kilang mesra alam baharu pada hari ini di tapak berukuran 46 ekar di Bandar Enstek Halal Hub, sempena sambutan ulang tahunnya ke-60 di Malaysia. Majlis pembukaan tersebut telah dirasmikan oleh DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Antara yang hadir termasuk Exco Kerajaan Negeri Sembilan YB Dato’ Hj. Ismail Bin Hj. Ahmad (mewakili Menteri Besar of Negeri Sembilan YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun), Duta Jepun di Malaysia, H.E Katsuhiko Takahashi, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Ajinomoto Co., Inc., En. Taro Fujie, dan Pengerusi AMB, YBhg. Tan Sri Dato’ Teo Chiang Liang, serta Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif, En. Tomoharu Abe.


Perencah Umami AJI-NO-MOTO® telah ditemui dan dihasilkan lebih 100 tahun yang lalu oleh Ajinomoto Co. Inc. di Jepun. AMB telah memulakan operasi perniagaannya bagi pengedaran Perencah Umami AJI-NO-MOTO® yang diimport di Kuala Lumpur pada 1961 dan merupakan antara syarikat Jepun pertama yang ditubuhkan di Malaysia. Pada 1965, ekoran penyiapan kilangnya di tapak berukuran 25 ekar di Jalan Kuchai Lama, Syarikat tersebut telah memulakan pengeluaran Perencah Umami AJI-NO-MOTO® yang disahkan halal secara tempatan.


“Kilang baharu AMB yang berpindah dari Jalan Kuchai Lama ke Bandar Enstek merupakan ‘kilang pintar’ dan Bangunan Hijau yang Diperakui. Teknologi canggih yang mengoptimumkan operasi melalui automasi dan pengdigitalan telah diperbadankan untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti. Kilang baharu tersebut telah direka untuk menyediakan suasana yang kondusif dan mesra kerja bagi para pekerja, dilengkapi dengan fasiliti rekreasi. Selain itu, kilang baharu tersebut juga menggalakkan penglibatan pelanggan dan kelestarian alam sekitar,” kata En. Tomoharu Abe, Pengarah Urusan /Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat. Premis kilang baharu tersebut kini merangkumi 60% dari 46 ekar dan mempunyai ruang yang cukup untuk pembangunan pada masa hadapan.


Ekoran perpindahan kilang baharu tersebut, AMB telah mendirikan Ibu Pejabat Korporat di Taman Teknologi Malaysia (TPM), Bukit Jalil.


Rangkaian produk pengguna semasa Syarikat termasuk Perencah Umami AJI-NO-MOTO®, penambah rasa TUMIX®, Rasa Sifu™, AJI-SHIO®, perencah khusus menu SERI-AJI®, aminoVITAL®, PAL SWEET. Rangkaian produk perindustrian pula adalah “TENCHO” dan ACTIVA®. Ia merupakan matlamat AMB untuk menjadi Pusat Pengeluaran Halal dan Bahan Khas Sedunia untuk memenuhi permintaan untuk perencah makanan dan produk halal yang kian meningkat diperingkat tempatan dan antarabangsa.


AMB terus mengangkat dan mengukuhkan falsafah sedunia Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV). Kilang baharu tersebut mempunyai kelengkapan untuk meningkatkan penglibatan masyarakat dan para pelanggan seperti lawatan kilang, kelas memasak dan bengkel berasaskan penyelesaian bagi pelanggan industri.


Sebagai rakyat korporat yang bertanggungjawab dan penyokong ESG, AMB dan kilang baharunya akan terus menangani isu pemanasan global dan alam sekitar. Syarikat telah berjaya mengurangkan pelepasan Karbon Dioksida (CO2) dengan menukarkan sumber haba dari minyak bahan api ke gas asli, serta menggunakan tenaga boleh diperbaharui melalui panel solar yang dipasang. Kesemua inisiatif ini menyokong strategi kelestarian sedunia Kumpulan Ajinomoto untuk mempromosikan kesihatan dan kehidupan lebih baik, dan untuk mengurangkan kesan pada alam sekitar.


Pengerusi AMB, Tan Sri Teo Chiang Liang berkata “Tahun 2022 merupakan tahun yang mencabar tetapi sangat bertuah bagi Ajinomoto (Malaysia) Berhad, Ajinomoto Co. Inc, Jepun dan jenama AJI-NO-MOTO® ketika Syarikat meraikan pencapaian dua peristiwa penting. Pertama adalah pembukaan kilang baharu terkini yang mesra alam dan diperakui halal walaupun menghadapi cabaran wabak Covid-19 di tanah air dan di seluruh dunia, dan kedua adalah sambutan ulang tahun Syarikat ke-60. Sempena majlis ini, saya berbesar hati untuk mengungkapkan kesyukuran terhadap Ajinomoto Jepun, ahli Lembaga Ajinomoto (M) Berhad, para pemegang saham dan pekerja. Izinkan juga untuk saya mengucapkan terima kasih kepada badan kawal selia Kerajaan atas sokongan mereka.”


Melangkah ke hadapan, AMB bersama kilang baharunya akan berusaha untuk menjadi “Syarikat Makanan Halal Sedunia Bersentrik Pelanggan” yang menyumbang dalam menangani Isu Pemakanan dan Kesihatan Masyarakat melalui Kepakaran dan Penyelesaian Inovatif Kami.

Siaran Akhbar