“Sport Nutrition Awareness Project” Memanfaatkan 400 Pelajar di Sekolah Sukan Malaysia Pahang

About 400 Student Athletes Benefited from “Sports Nutrition Awareness Project” in Malaysia Pahang Sports School

KUALA LUMPUR, 12 Ogos 2022 – Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) meneruskan inisiatif “Sports Nutrition Awareness Project” di Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) sebagai sebahagian daripada Ajinomoto Group Creating Shared Value (ASV) bagi menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan atlet murid.

Projek tersebut baru dilancarkan dan telah dirasmikan oleh Tuan Cyril Christopher Singham, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah dan Kemenjadian Murid, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, bersama En. Tomoharu Abe, Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah Urusan AMB.

“Saya amat berharap agar kepakaran dan pengalaman AMB dalam nutrisi sukan dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan atlet murid SSMP mengenai hidangan berkhasiat yang seimbang, serta kesejahteraan mereka sepanjang perjalanan untuk mencapai KEMENANGAN!” – kata En. Tomoharu Abe.

Projek tersebut telah berjalan lancar dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia sejak memberi kebenaran kepada AMB untuk memulakan projek pertama di Sekolah Sukan Bukit Jalil pada 2019. Sepanjang program di SSMP, lebih

kurang 400 atlet murid telah dididik mengenai pemakanan sukan menerusi ceramah kesihatan, hidangan Winning Meals Kachimeshi®1 dan pameran maklumat oleh AMB.

AMB akan terus menyokong dan menyumbang kepada peningkatan semangat kesukanan Malaysia d2alam mencapai KEMENANGAN dengan “Eat Well, Live Well”. 

 

Siaran Akhbar