Syarikat Ajinomoto Menyokong MSDEAF dalam Perlawanan Kutipan Dana

Ajinomoto Company Supports MSDEAF in Fundraising Match

KUALA LUMPUR, 17hb Disember 2021 – Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) komited dalam menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan masyarakat dalam sukan melalui inisiatif Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV).

Bagi merealisasikan usaha tersebut, AMB telah mengambil peluang untuk menjadi salah satu penaja utama “All-Stars Football Charity Match”, iaitu perlawanan bola sepak amal di antara Malaysia-Japan All-Stars dan Malaysia Deaf Tigers yang diadakan pada 11 Disember 2021 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. Acara tersebut telah dilancarkan oleh Menteri Belia & Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Perlawanan amal anjuran Yakult Malaysia tersebut bermatlamat untuk mengumpul dana bagi Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDEAF) serta pembangunan pemain pasukan Malaysia Deaf Tigers sebagai persediaan untuk kedua-dua kejohanan domestik dan antarabangsa.

Seramai 18,000 penonton telah menyaksikan perlawanan tersebut di stadium serta melalui siaran langsung atas talian bagi memeriahkan lagi acara. Selain itu, perlawanan amal tersebut telah berjaya mencapai sasaran kutipan dana sebanyak RM300,000.

Kepakaran Kumpulan Ajinomoto dalam pemakanan dan sains amino telah membolehkan AMB untuk menyokong pemain pasukan-pasukan All-Stars dan Deaf Tigers melalui pengenalan minuman sukan berjeli aminoVITAL®, Jenama No. 1 di Jepun bagi meningkatkan prestasi sukan mereka.

Produk aminoVITAL® mengandungi 3,000mg asid amino yang terdiri daripada Rantaian Asid Amino Bercabang (BCAA) yang dapat membantu dan menyokong dalam pemulihan otot serta latihan dan prestasi para atlet.

Dengan kandungan 112kcal dalam setiap pek, aminoVITAL® juga sesuai bagi atlet sukan berdaya tahan tinggi, termasuklah pelari, penunggang basikal, peserta triathlon, perenang, pendaki dan lain-lain.

Melalui inisiaitf ASV ini, AMB berharap agar kita dapat menyokong para olahragawan tempatan untuk terus maju dalam kejohanan domestik dan antarabangsa, serta mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Bersama-sama, ayuh “Eat Well, Live Well” bersama Ajinomoto dalam misi kami untuk kekal aktif dan sihat!

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mr. Meor / Ms. Cindy di talian +60-3-7980 6958 (Ext 264 / 439) atau meor@ajikl.com.my  / liting@ajikl.com.my

Siaran Akhbar