Ayam Ungkep (Ayam Berempah Jawa)
40 minit
5 Hidangan
Keterangan Resipi
Ayam Ungkep, masakan Jawa di mana ayam direbus (ungkep) dengan rempah dan herba beraroma. Campuran herba dikisar menjadi pes halus dan kemudian dimasak dalam minyak sehingga harum sebelum ditambahkan potongan ayam dan air.
Resepi Ayam Masak Ungkep ini terkenal dengan rasanya yang pelbagai, pedas berempah, dan sedikit manis. Hidangan ringkas dan berperisa ini mudah dimasak di rumah, sesuai untuk mereka yang sibuk bekerja.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan
Calories
205.8 kcal
Carbohydrate
10.3 g
Protein
19.3 g
Fat
9.9 g
Sodium
451.0 mg
Bahan-bahan
Bahan-bahan A:
2 sudu besar | Minyak masak |
1 batang | Serai, diketuk |
6 ketul | Ayam, dipotong kecil |
1 cawan | Air (tambah lagi jika perlu) |
1 1/3 sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
1/2 sudu kecil | Garam |
Bahan-bahan B: dikisar
2 inci | Halia |
10 biji | Cili padi |
5 ulas | Bawang putih |
10 biji | Bawang merah |
1 inci | Kunyit hidup |
1 sudu kecil | Biji ketumbar |
1 sudu kecil | Biji jintan manis |
1 sudu kecil | Biji jintan putih |
Cara Menyediakan
- Panaskan minyak, tumis serai sehingga naik bau.
- Masukkan bahan-bahan kisar, kacau goreng sehingga pecah minyak.
- Masukkan ayam dan air, gaul rata sehingga kuah pekat dan ayam masak. Tambah air jika perlu.
- Perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam.
- Sedia untuk dihidangkan.
Tips
Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 24% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes