Crepe Durian
Keterangan Resipi
Bagi penggemar buah Durian, anda harus mencuba resepi Durian Crepe ini. Tidak perlu membeli di gerai lagi kerana anda sudah boleh membuatnya sendiri dirumah dan sangat sedap dimakan ketika sejuk.
Bahan-bahan
1- 2 sudu besar | Minyak masak |
Bahan-bahan A: adunan
250 g | Tepung gandum |
3 | Telur |
200 ml | Santan |
500 ml | Air |
½ sudu kecil | Garam |
Beberapa titis | Pewarna kuning |
Bahan-bahan B: inti
200 ml | Krim putar rendah lemak bukan tenusu |
5-6 peket | Pemanis Pal Sweet® |
200-250g | Isi durian |
Cara Menyediakan
- Untuk adunan, satukan ke semua bahan (A), kacau sebati dan tapis adunan ke dalam mangkuk.
- Sapukan sedikit minyak pada kuali anti-lekat.
- Sendukkan sedikit adunan ke dalam kuali untuk membuat crepe.
- Setelah masak, angkat dan biar sejuk.
- Untuk inti, campur-gaul krim putar dan Pemanis Pal Sweet®.
- Pukul sehingga kental. Letakkan 1 sudu besar krim di atas crepe.
- Letakkan isi durian.
- Lipat seperti bentuk bantal, sejukkan sebelum hidang.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
Pal Sweet® Recipes