Galette Buah Pic

Galette Buah Pic
Description
Keterangan Resipi

Galette Buah Pic

Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan: doh

180 g Tepung gandum
30 g Gula kaster
110 g Mentega
1/8 tsp Garam
2 tbsp Air sejuk

Bahan-bahan: inti

1 tin Buah pic (dibelah dua)
1 sudu besar Jus lemon
3 sudu besar Serbuk kasted
6 sudu besar Air
2 pkt kecil Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet®

Hiasan:

Sedikit Walnut hancur (sudah dibakar)
Method
Cara Menyediakan
  1. Masukkan tepung gandum, gula dan garam ke dalam mangkuk. Gaul masuk mentega sehingga menjadi doh dan sekata. Jadikan doh kepada bentuk bebola.
  2. Masukkan doh ke dalam tin bakar (loose-bottomed) dan tekan. Cucuk dengan garpu dan simpan dalam peti sejuk selama 10 minit. Letakkan sekeping kertas di atas doh dan taburkan sedikit kacang merah.
  3. Bakar dalam ketuhar yang dipanaskan kepada 180° C selama 10 minit. Angkat kacang merah dan terus bakar selama 15 minit. Biarkan tin menyejuk seketika.
  4. Inti: Toskan buah pic dan ketepikan 4 ketul pic. Ambil 2 dan potong dadu kecil.
  5. Letakkan dadu-dadu pic di dalam kuali leper, tambah jus lemon, air dan pes kasted. Reneh perlahan-lahan sehingga didih dan pekat. Taburkan Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet®.
  6. Cedokkan campuran buah pic ke dalam tin.
  7. Hiris 2 baki pic dan letak hirisan di atas galette. Taburkan walnut cincang. Sejukkan sebelum hidang.
Method
Tips

Simpan galette di dalam peti sejuk semalaman sebelum potong kepada kepingan individu dan hidang untuk mendapatkan galette yang paling sedap.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
Pal Sweet® Recipes
Pal Sweet® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg