Gulai Ayam Minang

Gulai Ayam Minang
40 minit
recipe-cook-time
10 Hidangan
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Hidangan stew ayam yang menyerupai kari ayam yang tidak semestinya mengandungi serbuk kari dan tekstur kuah yang lebih cair. Gulai Ayam Gaya Minang kaya dengan rasa, kepedasan dan aromatik. Sedap dimakan dengan nasi putih atau dengan nasi serai.

Ingredients
Bahan-bahan
½ cawan Minyak masak
1 ekor Ayam, dipotong
4 helai Daun limau purut, dibuang urat tengah
1 helai Daun kunyit, diikat simpul
1 cawan Santan cair
1 cawan Santan pekat
1 cawan Air
2 keping Asam keping
2 sudu besar TUMIX® Perencah Pati Ayam

Ingredients A: grinded

2 inci Lengkuas
1 inci Halia
2 inci Kunyit hidup
6 ulas Bawang merah
4 ulas Bawang puting
4 biji Buah keras
5 batang Cili merah
10 biji Cili padi
4 tangkai Serai
½ cawan Air
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan (A) sehingga pecah minyak. 
  2. Masukkan ayam, daun limau purut dan daun kunyit. Biar sehingga air ayam keluar dan kering.
  3. Masukkan santan cair, santan pekat, air dan asam keping. Biarkan kuah mendidih sehingga ayam masak sepenuhnya dan kuah sedikit pekat. 
  4. Perasa dengan TUMIX® Perencah Pati Ayam dan gaul rata. 
  5. Sedia untuk dihidang. 
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
TUMIX® Chicken Stock Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg