Kuah Lodeh
50 minit
5 Hidangan
Keterangan Resipi
Kuah Lodeh diperbuat daripada rebusan sayuran berasaskan santan beraroma dengan kuah berkrim dan sayur-sayuran segar, paling sesuai dinikmati bersama nasi impit. Kepelbagaian dan rasa yang kaya menjadikannya hidangan kegemaran Malaysia untuk hidangan harian serta majlis-majlis perayaan.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan
Calories
420.0 kcal
Carbohydrate
24.9 g
Protein
22.8 g
Fat
25.5 g
Sodium
1094.3 mg
Bahan-bahan
Bahan-bahan A:
3 sudu besar | Minyak masak |
5 cawan | Air |
100 g | Kubis, dipotong kecil |
100 g | Lobak merah, dipotong memanjang |
100 g | Kacang panjang, potong 2 cm |
25 ekor | Udang saiz sederhana |
1 helai | Fucuk (tauhu kering), direndam |
250 ml | Santan |
40 g | Suhun, direndam |
1 keping | Tempe, dipotong dan digoreng |
2 biji | Tauhu keras, dipotong dan digoreng |
1 sudu besar | AJI-NO-MOTO® |
1½ sudu kecil | Garam |
2 sudu kecil | Gula |
1 sudu kecil | Serbuk kunyit (jika perlu) |
Bahan-bahan B: kisar halus
1 biji | Bawang Holland |
5 ulas | Bawang putih |
2 inci | Halia |
3 inci | Kunyit hidup |
5 tangkai | Cili kering, direbus |
10 g | Udang kering |
Sedikit | Air |
Cara Menyediakan
- Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
- Masukkan air dan biarkan mendidih.
- Masukkan kobis, lobak merah, kacang panjang, udang, fucuk dan santan. Rebus sehingga sayur hampir masak.
- Masukkan suhun, tempe goreng dan tauhu goreng.
- Perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam. Kacau hingga sebati dan sedia untuk dihidang
Petua:
- Dihidangkan bersama nasi impit, telur rebus dan sambal tumis untuk kenikmatan unggul.
Tips
Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 16% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes