Nasi Ayam Madu

Nasi Ayam Madu
recipe-cook-time
5 Hidangan
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Nasi Ayam Madu sememangnya padu! Perapkan ayam bersama TUMIX® Perencah Pati Ayam, panggang dengan oven atau air-fryer dan salutnya dengan madu. Nasinya pula berbau wangi dengan aroma pandan, kulit kayu manis, bunga lawang berserta bawang-bawang, pasti menambat selera!

Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan: Nasi Ayam

500 g Beras, direndam selama 20 minit dan tapis
2 sudu besar Mentega
5 ulas Bawang Putih, dicincang
1 inci Halia, dihiris
1 batang Kulit Kayu Manis
1 kuntum Bunga Lawang
2 biji Buah Pelaga
2 helai Daun Pandan, ikat menjadi simpul
600 ml Air
1 sudu besar TUMIX® Perencah Pati Ayam

Bahan-bahan: Ayam Madu

½ Ayam, dibersih dan toskan
½ sudu besar TUMIX® Perencah Pati Ayam
1 sudu besar Serbuk Jintan Manis
1 sudu besar Serbuk Jintan Putih
1 sudu besar Serbuk Kunyit
1 sudu besar Serbuk Cili
3 sudu besar Minyak Masak
3 sudu besar Madu

Bahan sampingan:

½ tangkai Timun, dihiris
2 tangkai Daun Bawang, dihiris
Method
Cara Menyediakan

Cara menyediakan: Nasi Ayam

  1. Cairkan mentega, tumis bawang putih dan halia bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
  2. Masukkan beras dan daun pandan. Kacau sebati dan masukkan ke dalam periuk nasi elektrik.
  3. Tuangkan air dan TUMIX® Perencah Pati Ayam dan kacau sekata. Biarkan ia masak.
  4. Hidangkan bersama hirisan ayam madu, hirisan timun dan taburkan daun bawang.

Cara menyediaan: Ayam Madu

  1. Perapkan ayam bersama kesemua bahan-bahan dan TUMIX® Perencah Pati Ayam (kecuali madu), selama 30 minit.
  2. Letakkan perapan ayam di atas dulang pembakar dan ketepikan.
  3. Panaskan ketuhar atau penggoreng udara pada suhu 170˚C.
  4. Panggang ayam selama 45 minit atau penggoreng udara selama 35-45 minit dan mungkin perlu memeriksa selepas 35 minit dan masak lagi sekiranya belum masak (bergantung pada prestasi penggoreng udara).
  5. Keluarkan ayam dari ketuhar dan sapu madu di atas ayam. Panggang lagi selama 5 minit.

Sedia untuk dihidang bersama nasi ayam.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
TUMIX® Chicken Stock Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg