Nasi Beriani Ayam
1 jam 20 minit
5 Hidangan
Keterangan Resipi
Nasi Beriani Ayam adalah hidangan nasi berperisa yang popular di India, Pakistan, Bangladesh, dan kawasan lain di Asia Selatan. Cara buat nasi beriani ayam ialah dengan memasak beras basmathi bersama ayam, dan rempah.
Resepi Nasi Beriani Ayam ini adalah hidangan yang sedap dan boleh dinikmati bersama pelbagai hidangan sampingan. Hidangan nasi yang dimasak bersama ayam dan sudah semestinya dapat menjimatkan masa anda didapur.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan
Calories
427.2 kcal
Carbohydrate
46.6 g
Protein
25.1 g
Fat
14.4 g
Sodium
513.1 mg
Bahan-bahan
2 sudu besar | Minyak sapi |
1 batang | Kulit kayu manis |
2 kuntum | Bunga lawang |
3 biji | Buah pelaga |
½ biji | Bawang besar, dihiris halus |
3 biji | Bawang kecil, dihiris halus |
2 ulas | Bawang putih, dihiris halus |
1 sudu besar | Serbuk beriani, dicampur dengan ¼ cawan air |
5 ketul | Paha ayam |
400 ml | Air |
50 ml | Susu cair |
250 g | Beras basmathi, dibilas dan ditoskan |
1 sudu kecil | AJI-NO-MOTO® Perencah Umami |
¾ sudu kecil | Garam |
Sedikit | Bawang goreng |
Sedikit | Kacang pea |
Cara Menyediakan
- Panaskan minyak sapi, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bawang-bawang sehingga naik bau.
- Masukkan campuran beriani dan paha ayam, kacau rata.
- Biarkan sehingga sedikit pekat dan masukkan air, susu cair, beras, AJI-NO-MOTO® dan garam. Kacau rata.
- Masukkan kedalam periuk nasi dan biarkan masak.
- Sedia dihidang bersama bawang goreng dan kacang pea.
Tips
Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 24% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes