Rendang Udang

Rendang Udang
recipe-cook-time
10 orang
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Tukar selera anda dengan mencuba resepi Rendang Udang yang mudah dan menarik ini. Kemanisan udang bersama kepelbagaian rempah dan daun kunyit menjadikannya sesuai sebagai hidangan utama.

Ingredients
Bahan-bahan
1 cawan Santan
2 helai Daun limau purut
2 helai Daun kunyit, diikat
1 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
4 sudu kecil Garam
25 g Gula Melaka, diparut
4 sudu besar Kerisik
30 Udang putih

Bahan-bahan A: dikisar

8 Bawang merah
8 ulas Bawang putih
10 tangkai Cili kering, direbus
2 inci Halia
2 inci Lengkuas
2 batang Serai
4 inci Kunyit hidup
½ cawan Minyak masak
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan kuali, tumis bahan kisar (A) sehingga naik bau.
  2. Masukkan santan, daun limau purut dan daun kunyit.
  3. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO®, garam dan gula melaka.
  4. Masukkan kerisik, masak sehingga sedikit kering.
  5. Masukkan udang, kacau sehingga udang masak dan kuah sedikit kering.
  6. Sedia untuk dihidang.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg