Resepi Ikan Dori bersama Sos Masam Manis
5 Hidangan
Tonton Video Memasak
Keterangan Resipi
Jika anda inginkan kelainan di dalam masakan anda, boleh cuba resepi Ikan Dori Bersama Sos Masam Manis yang mudah ini. Gabungan rasanya yang menarik pasti tertarik.
Sos Masam Manis
Bahan-bahan
Bahan-bahan A: Sos Masam Manis
2 sudu besar | Sos tomato |
2 sudu besar | Sos cili |
1 sudu besar | Cuka |
5 sudu besar | Jus nanas |
Bahan-bahan B: di potong dadu (Sos Masam Manis)
1 biji | Tomato, buang bijinya |
2 biji | Cili merah, buang bijinya |
1 biji | Bawang besar |
150 g | Timun |
100 g | Nanas |
Cara Menyediakan
- Campurgaulkan ke semua bahan-bahan (A) dan (B), masak di atas api sederhana sehingga mendidih.
- Sedia dihidangkan.
Ikan Dori
Bahan-bahan
500 g | Ikan dori, dipotong kecil |
½ sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
½ sudu kecil | Garam |
½ sudu kecil | Serbuk lada putih |
Secukupnya | Minyak masak |
Bahan-bahan A: gaul rata
1 sudu besar | Tepung beras |
1 sudu besar | Tepung ubi kayu |
1 sudu besar | Tepung jagung |
1 sudu kecil | Serbuk penaik |
Cara Menyediakan
- Perapkan ikan dengan AJI-NO-MOTO®, garam dan serbuk lada putih selama 10 minit.
- Salutkan ikan yang diperap dengan bahan-bahan (A).
- Goreng ikan sehingga garing, sedia dihidangkan.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes