Resepi Sup Ayam Bersama Akar Ginseng
6 sajian
Keterangan Resipi
Sup Ayam Bersama Akar Ginseng adalah resepi sup lazat yang penuh dengan khasiat. Sup campuran herba yang lazat ini sangat sesuai untuk anda apabila kurang sihat.
Bahan-bahan
2200 ml | Air |
3 g | Akar ginseng kering |
10 biji | Kekapis kering (scallop) |
½ ekor | Ayam, dipotong kecil |
10 biji | Kurma merah |
1 sudu besar | ‘Kei chi’ |
2 ½ sudu besar | Perencah Pati Ayam TUMIX® |
Cara Menyediakan
- Celur seketika ayam di dalam air mendidih untuk membuang lemak/minyak.
- Masukkan semua bahan kecuali bahan perasa ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan reneh selama 30 minit.
- Masukkan Perencah Pati Ayam TUMIX® dan masukkan sedikit garam jika perlu, dihidang panas.
Tips
Juga boleh masak bersama seekor ayam saiz sederhana.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
TUMIX® Chicken Stock Recipes