Roti Udang Dengan Sambal Aioli

Roti Udang Dengan Sambal Aioli
recipe-cook-time
4 orang
Play Video Tonton Video Memasak
Ingredients
Bahan-bahan
1 kg Udang (dibersihkan dan dipotong dadu sederhana besar)
4 keping Roti Hot Dog

Bahan-bahan A (Asian Slaw):

100 g Sengkuang (Dihiris kasar)
100 g Lobak Merah (Dihiris kasar)
100 g Kubis Ungu (Dihiris kasar)
2 biji Jus Limau Nipis
1 sudu kecil Lada Hitam
1 sudu kecil Garam
1 sudu kecil Gula

Bahan-bahan B (Sambal Aioli):

4 sudu besar Sambal
4 sudu besar Mayonis

Bahan-bahan C (untuk salutan udang):

200 g Tepung Jagung
1 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
Secukup Minyak Masak (untuk menggoreng)
Secukup Mentega untuk sapuan pada roti
Method
Cara Menyediakan
  1. Sediakan Asian Slaw dengan mencampurkan semua sayur yang dihiris dengan jus limau nipis, garam, lada hitam dan gula. Diketepikan.
  2. Sediakan Sambal Aioli dengan mencampurkan sambal dengan mayonnaise. Kacau rata dan diketepikan.
  3. Dalam mangkuk yang lain, campurkan tepung jagung dengan AJI-NO-MOTO®. Gaulkan udang ke dalam campuran tepung tadi sehingga salutan rata.
  4. Panaskan minyak masak dan gorengkan udang sehingga kuning keemasan. Diketepikan.
  5. Bakarkan roti dengan sedikit mentega sehingga sedikit keperangan.
  6. Letakkan separuh Sambal Aioli dan Asian Slaw ke dasar roti, letakkan udang dan akhir sekali tambahkan lebihan Sambal Aioli tadi ke atas udang.
  7. Sedia untuk dihidang bersama lebihan Asian Slaw.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg