Salad Sayur Campuran dengan Sos Buatan Sendiri
Keterangan Resipi
Resepi Salad Sayur Campuran dengan Sos Buatan Sendiri ini memberikan rasa yang lazat dan ianya mudah serta ringkas untuk disediakan. Sesuai dijadikan sebagai pembuka selera!
Bahan-bahan
Bahan-bahan: sayur-sayuran (dipotong kecil)
100 g | Daun salad |
100 g | Kubis ungu |
100 g | Kubis |
100 g | Tomato ceri |
100 g | Timun |
100 g | Lada benggala kuning |
Bahan-bahan A: sos salad
100 g | Susu segar (sejuk) |
3 sudu besar | Tepung susu/soya |
1 sudu teh | Garam |
5 peket kecil | Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet® |
240 g | Minyak jagung/minyak bunga matahari (sejuk) |
80 g | Jus lemon (sejuk) |
Cara Menyediakan
- Untuk menyediakan sos salad, kisar semua bahan (A) kecuali minyak dan jus lemon dalam mesin pengisar. Tuang masuk minyak sejuk secara perlahan-lahan.
- Akhirnya tambah jus lemon, kacau sebati manjadi sos salad.
- Campur-gaul sayur-sayuran dengan sos salad. Hidang sejuk.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
Pal Sweet® Recipes