Sup Ayam Bunjut
5 orang
Tonton Video Memasak
Keterangan Resipi
Sup Ayam adalah hidangan yang terkenal untuk dinikmati oleh semua orang di seluruh dunia. Terdapat pelbagai jenis sup ayam, dengan variasi yang menarik. Sup ayam sesuai untuk dihidangkan pada bila-bila masa dan juga sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan atau mengamalkan diet
Resepi Sup Ayam Bunjut ini adalah menu sup kesukaan ramai rakyat Malaysia. Resepi yang mudah ini boleh dinikmati pada setiap masa dari sarapan pagi hingga ke makan malam.
Bahan-bahan
Secukupnya | Minyak masak, untuk menumis |
1½ sudu besar | Perencah Pati Ayam TUMIX® |
1 liter | Air |
Bahan-bahan A: untuk tumisan
3 biji | Bawang merah, dihiris |
5 ulas | Bawang putih, dihiris |
½ inci | Halia, dihiris |
12 g | Perencah sup, digaul dengan sedikit air |
Bahan-bahan B:
400 g | Ayam, dipotong kecil |
1 biji | Ubi kentang |
½ biji | Lobak merah |
1 ketul (8gm) | Rempah sup bunjut |
Bahan-bahan C: hiasan
Sedikit | Daun sup |
Sedikit | Daun bawang |
Sedikit | Bawang goreng |
Cara Menyediakan
- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan (A) sehingga harum.
- Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
- Masukkan bahan-bahan (B), biarkan mendidih.
- Taburkan Perencah Pati Ayam TUMIX® semasa bahan-bahan (B) hampir empuk.
- Hiaskan dengan bahan-bahan hiasan (C). Hidangkan ketika panas.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
TUMIX® Chicken Stock Recipes