Tom Yam Spaghetti

Tom Yam Spaghetti
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Tom Yam Spaghetti

Ingredients
Bahan-bahan
½ peket (200g) Spageti
8 ekor Udang Laut (dibelah tengah dan dibersihkan)
3 ekor Sotong (dibersihkan dan dipotong cincin)
2 sudu besar (24g) Perencah Tom Yam SERI-AJI®
2 batang Serai (dibelah dua dan ditumbuk)
4 helai Daun Limau Purut (dihiris halus)
4 ulas Bawang Putih (dicincang halus)
2 biji Cili Padi (dihiris halus)
1 biji Tomato (dibuang biji dan dipotong dadu)
1 sudu besar Sos Ikan
½ cawan Air
Secukupnya Gula, Garam dan Minyak Zaitun

Bahan Hiasan:

Daun Ketumbar, Cili Merah, dan Limau Nipis

Method
Cara Menyediakan
  1. Didihkan air dan masukkan spageti dengan sedikit minyak zaitun. Masakkan spageti sehingga lembut dan “Al Dente”.
  2. Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih dan serai sehingga naik bau wangi.
  3. Masukkan sotong dan udang dan kacau sehingga masak. Diketepikan.
  4. Panaskan minyak zaitun dan masukkan semula serai.
  5. Tumiskan bawang putih, cili padi, sos ikan, dan Perencah Tom Yam SERI-AJI® sehingga naik bau.
  6. Masukkan air dengan spageti yang telah direbus.
  7. Kacau sebati dan perisakan dengan garam dan gula.
  8. Masukkan daun limau purut dan dadu tomato.
  9. Masukkan bahan-bahan makanan laut yang telah dimasak dan gaul sebati.
  10. Tuangkan di dalam pinggan dan hiaskan bersama hirisan daun ketumbar, cili merah, dan limau nipis.
Method
Tips

Perahkan sedikit asam limau sebelum menikmati hidangan ini bagi membangkitkan rasa pedas dan masam pada hidangan.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
Seri-Aji® Tom Yam Seasoning Recipes
Seri-Aji® Tom Yam Seasoning Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg