Pembukaan Rasmi Kilang Baharu Ajinomoto (M) Berhad Di Bandar Enstek Halal Hub, Negeri Sembilan

Pembukaan Rasmi Kilang Baharu Ajinomoto (M) Berhad Di Bandar Enstek
December 2022

Ajinomoto (M) Berhad (AMB) secara rasmi telah membuka kilang mesra alam baharu pada hari ini di tapak berukuran 46 ekar di Bandar Enstek Halal Hub, sempena sambutan ulang tahunnya ke-60 di Malaysia. Majlis pembukaan tersebut telah dirasmikan oleh DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Antara yang hadir termasuk Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun, Duta Jepun di Malaysia, H.E Katsuhiko Takahashi, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Ajinomoto Co., Inc., En. Taro Fujie, dan Pengerusi AMB, YBhg. Tan Sri Dato’ Teo Chiang Liang, serta Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif, En. Tomoharu Abe.

Kilang baharu AMB yang berpindah dari Jalan Kuchai Lama ke Bandar Enstek merupakan ‘kilang pintar’ dan Bangunan Hijau yang Diperakui. Teknologi canggih yang mengoptimumkan operasi melalui automasi dan pengdigitalan telah diperbadankan untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti. Kilang baharu tersebut telah direka untuk menyediakan suasana yang kondusif dan mesra kerja bagi para pekerja, dilengkapi dengan fasiliti rekreasi. Selain itu, kilang baharu tersebut juga menggalakkan penglibatan pelanggan dan kelestarian alam sekitar.

Ekoran perpindahan kilang baharu tersebut, AMB telah mendirikan Ibu Pejabat Korporat di Taman Teknologi Malaysia (TPM), Bukit Jalil.

AMB terus mengangkat dan mengukuhkan falsafah sedunia Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV). Kilang baharu tersebut mempunyai kelengkapan untuk meningkatkan penglibatan masyarakat dan para pelanggan seperti lawatan kilang, kelas memasak dan bengkel berasaskan penyelesaian bagi pelanggan industri.

Sebagai rakyat korporat yang bertanggungjawab dan penyokong ESG, AMB dan kilang baharunya akan terus menangani isu pemanasan global dan alam sekitar. Syarikat telah berjaya mengurangkan pelepasan Karbon Dioksida (CO2) dengan menukarkan sumber haba dari minyak bahan api ke gas asli, serta menggunakan tenaga boleh diperbaharui melalui panel solar yang dipasang. Kesemua inisiatif ini menyokong strategi kelestarian sedunia Kumpulan Ajinomoto untuk mempromosikan kesihatan dan kehidupan lebih baik, dan untuk mengurangkan kesan pada alam sekitar.

Melangkah ke hadapan, AMB bersama kilang baharunya akan berusaha untuk menjadi “Syarikat Makanan Halal Sedunia Bersentrik Pelanggan” yang menyumbang dalam menangani Isu Pemakanan dan Kesihatan Masyarakat melalui Kepakaran dan Penyelesaian Inovatif Kami.

 

THE MANAGEMENT
AJINOMOTO (M) BERHAD