80 Hidangan Unik Dicipta Oleh Remaja Berbakat Di Cabaran Cef Segi-Umami 2018

PETALING JAYA, 29 April 2018 – Kira-kira 80 hidangan unik telah dicipta oleh remaja berbakat dari lebih daripada 20 buah sekolah di Cabran Cef SEGi-Umami 2018 untuk menyerlahkan bakat mereka dalam bidang kulinari.

Cabaran yang dianjurkan oleh Sekolah Perlancongan dan Hospitaliti (SOHT), Kolej SEGi, Kota Damansara (SCKD) itu bertujuan untuk mencari cef-cef muda dan berbakat yang berumur antara 16 hingga 18 tahun.

Ketua SOHT SCKD, Cef Bonnie Lopez Abdullah berkata, “cabaran ini merupakan platform untuk para remaja mempamerkan bakat mereka dalam bidang kulinari yang dapat dibawa ke peringkat seterusnya”.

Cabaran memasak itu ditaja sepenuhnya oleh Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB), termasuk apron, baju-T, hadiah wang tunai, trofi dan produk berkualiti AMB bagi mempromosikan masakan yang sihat kepada bakal-bakal cef yang kreatif.

AMB bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan diet yang seimbang melalui penggunaan Umami, rasa asas kelima selepas manis, masam, masin dan pahit, yang merupakan sebahagian daripada inisiatif dalam mewujudkan Nilai Bersama Kumpulan Ajinomoto (ASV).

Program bermula dengan ceramah mengenai “Makan Secara Sihat Melalui Nikmat Kelazatan”, diikuti oleh kuiz Umami dan aktiviti memasak hidangan utama dan sup atau hidangan pembuka selera.

Kira-kira 10 juri profesional termasuk Selebriti Master Cef Malaysia dan Perunding Kulinari, Cef Sabri Hassan; Presiden Persatuan Tukang Masak India Malaysia, Cef Ricky Narayanan; yang kagum dengan para peserta muda dan mahir dalam mengendalikan proses memasak dengan cemerlang.

Para peserta dinilai berdasarkan masa siap memasak, kebersihan makanan, kerja berpasukan, kemahiran persembahan, dan kreativiti menggunakan bahan mentah dan perencah.

Pemenang, Cheang Sweet Le & Dianne Lim Kar Yean dari SMK Bandar Utama Damansara (4) telah menerima wang tunai sebanyak RM2,000 beserta trofi manakala naib johan, Savitta a/p Ramakrishnan & Livenyah Dharshiny a/p Suntaresan dari SMK Seri Serdang menerima wang tunai sebanyak RM1,500 dan tempat ketiga, Tan Yang Kang & Lam Jia Yao dari SMK Bandar Utama Damansara (2) menerima wang tunai sebanyak RM1,000.

Cheang & Lim berkata “dengan hadiah wang tunai sebanyak RM 2,000 itu, mereka ingin membalas jasa ibu bapa yang menyokong dengan menaja semua keperluan dan memberi maklumbalas yang membina”.

“AJI-SHIO” lada berperisa ialah perencah kegemaran dalam pertanding ini, ianya mudah untuk digunakan dalam semua jenis hidangan bagi kelazatan yang diingini”.

Selebriti Master Cef Malaysia dan Perunding Kulinari, Cef Sabri Hassan teruja kerana dapat berjumpa dengan para peserta dan orang ramai. Beliau turut mempamerkan kemahirannya mengukir ais secara langsung di Kolej SEGi.

Mengenai Universiti SEGi dan Kolej

Universiti SEGi dan Kolej (SEGi) mula menjadi kolej yang sistematik pada tahun 1977 di Kuala Lumpur yang menawarkan kelayakan profesional di peringkat global. Selama bertahun-tahun, SEGi telah mengalami pertumbuhan yang ketara dan pada hari ini, SEGi merupakan salah satu Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terbesar.

Institusi ini kini mempunyai 25,000 orang pelajar di lima kampus utama yang terletak di Kota Damansara, Subang Jaya, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sarawak. Untuk keterangan lanjut, sila layari https://www.segi.edu.my/en/

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Bonnie Lopez (SEGi University College) di 03-6145 1777 (ext: 3683) or bonnielopez@segi.edu.my

 

Siaran Akhbar