Ayam Tapai Pedas
Keterangan Resipi
Ayam Tapai Pedas
Ayam Tapai Pedas
Bahan-bahan
Bahan-bahan A:
½ ekor | Ayam, dipotong kecil, dibersihkan & ditoskan air |
1 sudu teh | Perencah Pati Ayam TUMIX® |
½ sudu teh | Lada Berperisa AJI-SHIO® |
1 sudu besar | Minyak |
3 sudu besar | Minyak bijan |
3 sudu besar | Tapai pulut (resipi di bawah) |
Sedikit | Daun sup |
Bahan-bahan B:
2 sudu besar | Halia, digiling |
2 sudu besar | Bawang besar, digiling |
1 sudu besar | Bawang putih, digiling |
1 sudu besar | Pes kacang soya (taucheong), digiling |
10 - 15 biji | Cili padi, dipotong halus |
Cara Menyediakan
- Perap ayam dengan Perencah Pati Ayam TUMIX® dan Lada Berperisa AJI-SHIO®selama 5 minit.
- Panaskan minyak dan minyak bijan dalam kuali, tumis bahan-bahan (B) hingga harum. Masukkan tapai dan ayam, kacau goreng hingga sebati.
- Terus goreng hingga agak kering. JANGAN tambah air. Hias dengan daun sup dan hidang bersama nasi putih.
TAPAI PULUT
Bahan-bahan
2 cawan | Beras pulut, dicuci & direndam dalam air sejuk semalaman |
2 ketul | Ragi |
1 helai | Daun pisang |
Cara Menyediakan
- Susun daun pisang di dalam pengukus, kukus beras pulut pada suhu tinggi hingga separuh masak. Beras pulut sepatutnya dalam bentuk biji-biji. Biar menyejuk sepenuhnya.
- Letakkan ragi di atas kertas kalis minyak. Gelek dengan roller hingga halus.
- Setelah beras sejuk sepenuhnya, cedok ke dalam kaserol seramik, taburkan ragi dan kacau sekata. Tutup dan balut kaserol dengan kain, biar proses penapaian berlaku selama 2–3 hari.
- Selepas 2–3 hari, buka kaserol dan bungkus tapai pulut dengan daun pisang individu ataupun bekas. Simpan dalam peti sejuk. Atau anda boleh simpan kaserol yang telah dipasang penutup ke dalam peti sejuk. Sedia dihidang atau digunakan dalam masakan.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes