Burger Ayam Rangup

Burger Ayam Rangup
20 minit
recipe-cook-time
1 Hidangan
Description
Keterangan Resipi

Anda boleh menikmati ayam goreng kegemaran anda didalam burger anda sekarang! Peha ayam tanpa tulang yang rangup didalam roti burger dengan rasa yang benar-benar mengasikkan dari AJI-SHIO®.

Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan: Ayam Rangup 

1 keping Isi peha ayam tanpa tulang, ditumbuk untuk menipiskannya
¾ cawan Campuran tepung goreng, sedia-ada
½ cawan     Air sejuk
Secukupnya Minyak masak
6 taburan AJI-SHIO® Lada Berperisa


Bahan-bahan:

10 g Marjerin
1 biji Roti burger, dibelah 2 dan disapu marjerin
Secukupnya Mayonis
½ helai Daun selada
1 keping Kepingan keju cheddar
Secukupnya Sos keju
Method
Cara Menyediakan
  1. Campurkan 30g atau 2 sudu besar campuran tepung goreng dengan air sejuk. Salut ayam bersama adunan tadi. Salut lagi dengan baki campuran tepung goreng dengan rata.

  2. Goreng ayam sehingga keemasan. Keluarkan dan semasa masih panas, tabur AJI-SHIO® Lada Berperisa sebanyak 3 kali pada setiap bahagian dan letakkan kepingan keju cheddar pada satu bahagian dan biarkan cair. Ketepikan.

  3. Bakar roti burger sehingga keperangan kedua belah. Di atas roti burger bahagian bawah, paipkan mayonis, letakkan daun selada, ayam rangup bersama kepingan keju cheddar cair, kemudian paipkan mayonis dan sos keju. Letakkan roti burger bahagian atas.

 

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg