Burger Ayam Dengan Cendawan Tumis
20 minit
4 Hidangan
Tonton Video Memasak
Keterangan Resipi
Kombo burger ayam yang lazat dengan cendawan tumis mentega lagi berlada. Bagi penggemar cendawan, ini untuk anda!
Bahan-bahan
Secukupnya | Minyak masak |
4 keping | Burger ayam |
24 taburan | AJI-SHIO® Lada Berperisa |
40 g | Marjerin |
4 biji | Roti burger, dibelah 2 dan disapu marjerin |
Secukupnya | Mayonis |
4 helai | Daun selada (atau kubis dihiris nipis – pilihan) |
8 taburan | AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa |
Ingredients: Sautéed Mushroom
2 sudu kecil | Marjerin |
1 biji | Bawang kuning |
4 ulas | Bawang putih |
200 g | Cendawan butang dalam tin, dihiris |
½ sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa |
Cara Menyediakan
Cara menyediakan: Cendawan Goreng
- Cairkan marjerin di dalam kuali, masukkan bawang kuning dan bawang putih, kemudian kacau-goreng sehingga kekuningan.
- Masukkan cendawan butang, gaul rata dan perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa. Kacau-goreng sehingga cendawan masak.
- Bahagikan kepada 4 untuk 4 set burger.
Cara menyediakan:
- Panaskan minyak masak. Panggang burger dengan api sederhana sehingga masak sepenuhnya. Tabur AJI-SHIO® Lada Berperisa sebanyak 3 kali pada kedua belah burger semasa memasak. Ketepikan.
- Bakar roti burger sehingga keperangan kedua belah.
- Di atas roti burger bahagian bawah, paipkan mayonis, letakkan daun selada, burger ayam, cendawan goreng kemudian paipkan mayonis dan 2 taburan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa. Letakkan roti burger bahagian atas.
Tips
Simpan cendawan tumis dalam bekas kedap udara yang cetek dan simpan di dalam peti sejuk. Ia akan bertahan selama 3 hingga 5 hari di dalam peti sejuk.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes