Burger Dengan Jem Bawang
25 minit
4 orang
Tonton Video Memasak
Keterangan Resipi
Sudah tentu, anda akan mempunyai sos klasik seperti sos cili dan mayonis tetapi mengapa tidak mencuba sesuatu yang berbeza seperti Jem Bawang? Jem yang manis dan penuh berperisa yang mengandungi bawang lembut, sedikit rasa yang pedas daripada AJI-SHIO® Lada Berperisa dan Lada Hitam Berperisa, dan rasa yang kaya dengan kemanisan bawang dan rasa cuka.
Bahan-bahan
Secukupnya | Minyak masak |
4 keping | Burger ayam/burger daging lembu |
24 taburan | AJI-SHIO® Lada Berperisa |
40 g | Marjerin |
4 biji | Roti burger, dibelah 2 dan disapu marjerin |
Secukupnya | Mayonis |
4 helai | Daun selada (atau kubis dihiris nipis – pilihan) |
8 taburan | AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa |
Bahan-bahan: Jem Bawang
2 sudu besar | Minyak masak |
4 sudu besar | Gula |
600 g | Bawang kuning, dicincang |
1 sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa |
4 sudu besar | Cuka |
Cara Menyediakan
Cara menyediakan: Jem Bawang
- Panaskan minyak di dalam kuali untuk goreng. Masukkan gula dan gaul berterusan sehingga bertukar warna sedikit keperangan.
- Masukkan bawang kuning dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa dan kacau kerap menggunakan api sederhana sehingga bawang kuning menjadi keperangan.
- Masukkan cuka dan biarkan mereneh sehingga mencapai konsistensi jem.
- Biarkan sejuk sebelum dihidang.
Cara menyediakan:
- Panaskan minyak masak. Panggang burger dengan api sederhana sehingga masak sepenuhnya. Tabur AJI-SHIO® Lada Berperisa 3 kali pada kedua belah burger semasa memasak. Ketepikan.
- Bakar roti burger sehingga keperangan kedua belah.
- Pada roti burger bahagian bawah, paipkan mayonis, letakkan daun selada, burger ayam/daging, 1 sudu besar jem bawang kemudian paipkan mayonis dan 1 taburan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa. Letakkan roti burger bahagian atas. Ulangi untuk kesemua burger.
Tips
Simpan jem bawang dalam bekas plastik dan simpan di dalam peti sejuk. Jem bawang boleh bertahan sehingga dua minggu jika disimpan dengan betul.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes