Poket Berisi Emas

Poket Berisi Emas
Description
Keterangan Resipi

Poket Berisi Emas

Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan:

20 kuntum Cendawan abalone segar, hujung akar dibuang
2 tangkai Daun kari
250g Udang, dikupas kulit & dicincang

Bahan-bahan (A):

1 sudu besar Serai, dipotong halus
1 sudu besar Daun bawang, dipotong halus
1 sudu teh Serbuk cili (flakes)
½ sudu teh Gula
½ sudu teh Garam
¼ sudu teh Lada Berperisa AJI-SHIO®
½ sudu teh Perencah Pati Ayam TUMIX®
1 sudu besar Tepung ubi kayu

Bahan salutan (B):

½ cawan Tepung jagung
2 biji Telur, dipukul

Coating ingredients (C):

150g Emping jagung (cornflakes), dihancurkan
1 sudu besar Bijan putih
1 sudu besar Bijan hitam
Method
Cara Menyediakan
  1. Campur-gaul udang cincang dengan bahan-bahan (A).
  2. Dalam mangkuk, satukan bahan salutan (C).
  3. Kotkan 2 kuntum cendawan abalone dengan tepung jagung.
  4. Sapukan selapis campuran udang yang nipis di antara 2 kuntum cendawan.
  5. Celupkan cendawan sumbat di dalam telur dan kotkan dengan bahan salutan (C).
  6. Panaskan minyak dalam kuali. Sebaik sahaja minyak panas, goreng-celup cendawan sumbat dan daun kari di atas api sederhana. Angkat dan hidang serta-merta apabila cendawan menjadi keemasan dan garing manakala aroma daun kari bangkit.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg