Salad “Caesar” Bersama Sos “AJI-SHIO”
25 minit
5 Hidangan
Keterangan Resipi
Salad romaine segar yang digaul bersama resepi istimewa sos salad "AJI-SHIO" yang lazat, dihiasi dengan kruton rangup dan parmesan parut. Anda boleh menambah bahan-bahan kegemaran anda untuk menjadikan salad anda lebih lazat.
Bahan-bahan
Bahan-bahan: sos salad AJI-SHIO
2 ulas | Bawang putih, dicincang |
2 ekor | Ikan bilis tin |
2 sudu besar | Jus lemon |
1 sudu kecil | Sos worcestershire (Sos L&P) |
1 cawan | Mayonis |
¼ cawan | Keju parmesan parut |
½ sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa |
Bahan-bahan A: salad ceasar
3 biji | Telur, bersaiz besar |
1 jambak | Daun selada romaine, bersaiz besar dan dipotong |
½ cawan | Kruton |
1 sudu besar | Keju parmesan parut, untuk hiasan |
Cara Menyediakan
- Didalam mangkuk, masukkan bawang putih, ikan bilis, jus lemon dan sos worcestershire. Gaul sebati.
- Masukkan mayonis, keju parmesan, AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa dan digaul sehingga sekata. Ketepikan.
- Dalam periuk kecil, masukkan air dan rebus telur selama 15 minit. Angkat dan rendam selama beberapa minit dalam air sejuk untuk menghentikan proses memasak. Kupas, potong 4 dan ketepikan.
- Dalam mangkuk besar, masukkan daun salad romaine dan 4 sudu besar sos salad AJI-SHIO. Gaul rata untuk menyalut daun salad. Masukkan kruton dan telur rebus.
- Taburkan keju parmesan di atas dan hidangkan segera.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes