Kempen “Campur, Campur, Siap!” Mempromosikan pengambilan lebih sayur-sayuran

KUALA LUMPUR, 29 Mac 2019 – Oleh sebab sambutan yang menggalakkan terhadap Kempen “Campur, Campur, Siap!” yang dianjurkan oleh Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) di Lembah Klang pada bulan Ogos yang lalu, AMB meneruskan dan mengembangkan inisiatif ini ke kawasan Pantai Timur dengan lebih banyak aktiviti dan perkongsian maklumat yang menarik kepada masyarakat setempat.

Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan untuk orang awam termasuk demonstrasi memasak, pengagihan sampel basah Sayur Labu Campur dan pertandingan "Watch & Win" untuk penonton memenangi hadiah dan cenderamata menarik.

Penganjuran aktiviti-aktiviti ini dijayakan dengan menggunakan Trak AJI-NO-MOTO® yang bergerak meliputi kawasan Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Bharu bermula pada bulan Februari sehingga bulan Mac 2019. Trak ini berada di kawasan pasar basah, pusat perdagangan moden dan kawasan-kawasan pejabat.

campur

Orang ramai boleh mengesan kehadiran Trak AJI-NO-MOTO® melalui maklumat terkini daripada laman Facebook MyAjinomoto dan pengumuman melalui siaran radio THR Gegar.

Tambah menarik, aktiviti merakam gambar dengan Trak AJI-NO-MOTO® serta memuat naik gambar tersebut di laman Facebook dengan hashtag #CatchAjiTruck merupakan salah satu acara utama bagi pengunjung memenangi hadiah tambahan.

Syarikat Ajinomoto memberikan tumpuan terhadap usaha menangani keperluan sosial dan terus berusaha untuk mempromosikan diet seimbang yang sihat dalam kalangan rakyat Malaysia. Kempen “Campur, Campur, Siap!” pula merupakan salah satu inisiatif yang bertujuan untuk menggalakkan pengambilan sayur-sayuran yang lebih banyak bagi menjamin kehidupan yang lebih sihat.

Kempen ini selari dengan *Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV) yang terus berusaha memberikan inspirasi kepada suri-suri rumah untuk menyediakan hidangan sayur campuran yang ringkas, cepat, berkhasiat dan lazat seperti Sayur Labu Campur.

 

*Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV): Usaha-usaha yang dikaitkan dengan nilai dan pertumbuhan ekonomi dengan menyumbang kepada penyelesaian masalah sosial seperti kelestarian global, sumber makanan dan kehidupan yang sihat melalui perniagaan Kumpulan Ajinomoto sejak penubuhannya

Siaran Akhbar