Pinggan Sihat Juga Boleh Menjadi Enak

Kandungan Sodium Rendah dan Diet Seimbang untuk Gaya Hidup Sihat

Kuala Lumpur, 13 April – “Makanan yang sihat tidak lazat” merupakan ungkapan lazim yang dipercayai oleh masyarakat. Kita sering mendengar masyarakat mengaitkan rasa dengan makanan yang dimakan. Oleh itu, untuk mengekalkan gaya hidup sihat, kita perlu menyingkirkan makanan yang enak yang umumnya dianggap tidak sihat. Sebagai tindakan kepada kenyataan tersebut, kita mungkin berhenti menikmati makanan kegemaran kita yang lazat demi mengamalkan diet yang seimbang tetapi membosankan. Hentikan segera kepercayaan tersebut! Hakikatnya, terdapat alternatif lain untuk kita meneruskan pengambilan makanan yang sihat tanpa menjejaskan kelazatannya.

Untuk berkongsi rahsia mengekalkan kelazatan makanan yang menjadi kepakaran Kumpulan Ajinomoto dan sebagai strategi untuk memperbaik tabiat makan masyarakat Malaysia yang tidak mengutamakan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, Ajinomoto (Malaysia) Berhad telah menyertai gerakan untuk menjayakan kempen “Pinggan Sihat Malaysia” yang dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak Disember 2016. Untuk projek pendidikan sekolah tahun ini, tema yang digunakan ialah “Kehidupan Sihat yang Lazat”.

Dengan harapan untuk terus mempromosikan penggunaan Umami yang dapat meningkatkan kelazatan makanan tetapi mengandungi jumlah sodium yang rendah dan pada masa yang sama menggalakkan pengambilan sayur-sayuran yang lebih banyak untuk diet yang seimbang, syarikat kami secara aktif mendidik generasi muda Malaysia melalui projek Pendidikan sekolah yang berlangsung selama dua bulan setengah bermula dari Februari hingga April 2018.

Pada tahun ini, projek Pendidikan sekolah yang meriah, interaktif dan menyeronokkan ini diadakan di Pulau Pinang. Melalui projek ini, murid-murid berpeluang untuk mempelajari konsep pinggan sihat, asal usul Umami dan penemuannya sebagai rasa asas yang ke-5 selepas masam, manis, pahit dan masin serta sumbangannya untuk mengekalkan gaya hidup sihat. Selain daripada perkongsian maklumat, demonstrasi memasak oleh murid-murid yang terpilih juga turut diadakan pada setiap sesi pembelajaran. Perbincangan tentang kepentingan diet yang seimbang untuk menggalakkan pengambilan sayur-sayuran yang mencukupi dalam kalangan pemimpin muda turut diadakan. Selepas demonstrasi memasak dijalankan, murid-murid dikehendaki untuk mengaplikasikan konsep pingan sihat yang telah dipelajari oleh mereka dengan menunjukkan pembahagian makanan yang betul dalam pinggan yang telah disediakan.

Selama bertahun-tahun, Ajinomoto (Malaysia) Berhad telah mengambil langkah proaktif untuk mempromosikan diet sihat dalam kalangan masyarakat melalui keseronokan menikmati kelazatan makanan kerana kesihatan yang baik bermula daripada makanan yang kita ambil. Projek untuk pusingan ini telah Berjaya mendidik sejumlah 14,000 murid melalui 70 acara. Dengan mendapatkan panduan-panduan diet yang sihat, murid-murid ini dapat mengetahui rahsia di sebalik keupayaan tubuh badan dalam menjalankan fungsi harian. Dengan pemahaman yang sedemikian, objektif untuk mencapai berat badan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat adalah tidak mustahil bagi semua masyarakat muda di Malaysia.

Makanan sihat
Makanan sihat
Demonstrasi masakan sihat oleh pelajar yang terpilih
Demonstrasi masakan sihat oleh pelajar yang terpilih
Gambar berkumpulan guru, pelajar & wakil dari Ajinomoto Malaysia
Gambar berkumpulan guru, pelajar & wakil dari Ajinomoto Malaysia

Siaran Akhbar