Kaedah Memasak “Campur, Campur, Siap!” Menggalakkan Pengambilan Sayur-sayuran Melalui Bulan Pemakanan Malaysia 2019

PUTRAJAYA, 19 April 2019 – Bersempena Bulan Pemakanan Malaysia 2019 (NMM), Ajinomoto (Malaysia) Berhad meneruskan inisiatif dalam memperluas kaedah memasak “Campur, Campur, Siap!” bagi menggalakkan pengambilan sayur-sayuran yang lebih banyak dalam kalangan rakyat Malaysia.

nutrition

“Campur, Campur, Siap!” menekankan masakan yang ringkas, cepat, lazat dan berkhasiat serta menggalakkan orang ramai memenuhi keperluan pengambilan diet seimbang yang sihat secara konsisten. Konsep “Campur, Campur, Siap!” menggalakkan pengambilan sayur-sayuran yang mencukupi ini tercetus daripada kempen Pinggan Sihat Malaysia #SukuSukuSeparuh yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sejak Disember 2016.

Sebagai salah satu penaja utama NMM, syarikat Ajinomoto menawarkan pelbagai aktiviti menarik di Food Fit Fun Fair termasuk aktiviti “Campur, Campur, Siap!” Fun Cooking antara ibu bapa dan anak, perkongsian maklumat Umami, demonstrasi memasak Sayur Labu Campur, persampelan basah serta Kuiz Tonton dan Menang. Aktiviti-aktiviti ini berjaya meningkatkan kesedaran tentang pemakanan sihat dalam kalangan ahli keluarga di samping mengukuhkan ikatan kekeluargaan antara mereka.

nutrition

Selain itu, usaha sama antara Jawatankuasa NMM dan Syarikat Ajinomoto telah menerbitkan buku kanak-kanak yang penuh informasi dan berwarna-warni berjudul "Saya Suka Sayur-Sayuran". Ianya berguna untuk mendidik kanak-kanak supaya menghargai sayur-sayuran melalui penceritaan yang menarik tentang kaedah pemprosesan sayur-sayuran bermula dari ladang sehingga ke meja makan. Cerita yang berinspirasi dapat menggalakkan kanak-kanak untuk memakan sayur-sayuran yang mencukupi pada setiap hari.

Mengikuti *Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV) ke arah menangani keperluan sosial, kaedah memasak “Campur, Campur, Siap!” bertujuan untuk menyemai kebiasaan pengambilan lebih banyak sayur-sayuran melalui diet seimbang dalam kalangan rakyat Malaysia demi kesihatan yang lebih baik.

*Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV): Usaha-usaha yang dikaitkan dengan nilai dan pertumbuhan ekonomi dengan menyumbang kepada penyelesaian masalah sosial seperti kelestarian global, sumber makanan dan kehidupan yang sihat melalui perniagaan Kumpulan Ajinomoto sejak penubuhannya

Siaran Akhbar